Remaung6renjer

Nuffnang

Tuesday, May 20, 2014

Penduduk Rumah Panjang Di Kapit Di Tipu Masuk Islam Oleh Sekumpulan Ustaz dan Ustazah



Tuesday, 20th May 2014
Kuantan, Pahang

Penduduk Malaysia yang beragama Kristian hendaklah menubuhkan satu pertubuhan yang dapat melindungi penduduk Malaysia terutamanya penduduk di kawasan pendalaman Sabah dan Sarawak daripada ditipu oleh NGO Muslim yang mengambil kesempatan di atas kelemahan golongan ini untuk ditipu dan masuk agama Islam. Kes terbaru yang berlaku kepada penduduk sebuah rumah panjang yang terletak di pedalaman Kapit hendaklah dijadikan ikhtibar.
Gambar Hiasan " Islamisasi di London".
Seperti yang dilaporkan di dalam Utusan Sarawak hari ini, pada bulan November 2013, sekumpulan ustaz dan ustazah seramai 20 orang datang ke rumah panjang Along Anak Asong di Nanga Majau, Sungai Mujong yang mempunyai 18 buah rumah yang terdiri daripada lebih kurang 150 penduduk. Menurut Tuai Rumah Asong, sekumpulan ustaz dan ustazah berkenaan yang berasal daripada Johor, Kuala Lumpur, Kuching dan Kapit  datang ke rumah mereka serta memujuk mereka untuk masuk agama Islam.Setelah dpujuk masuk Islam, anggota rumah panjang merasa menyesal di atas perbuatan mereka.

“Kami diminta masuk Agama Islam pada  24 November 2013 apabila seramai 20 Ustaz dan Ustazah dari Johor ,Kuala Lumpur, Kuching serta Kapit melawat ke rumah panjang kami.

“Masa itu mereka berjanji untuk memberi wang RM RM100, barang-barang makanan serta pakaian kalau kami masuk agama Islam. Kumpulan tersebut telah meminta nombor kad pengenalan penduduk-penduduk. Kumpualan tersebut juga turut memaklumkan bahawa setelah masuk Islam mereka tidak perlu mengubah cara hidup serta mereka juga tidak menghalang penduduk dari makan babi ” kata Tuai Rumah Along.

“Selesai tugas pengislaman orang-orang rumah panjang saya, kumpulan berkenaan meninggalkan rumah panjang kami pada 25 November 2013, dan semenjak daripada tarikh berkenaan mereka tidak pernah melawat kami. Oleh yang demikian kami menyedari telah melakukan kesalahan terutamanya setelah disedarkan oleh penduduk yang pulang daripada bandar yang memaklumkan bahawa kami telah melakukan kesilapan kerana masuk Islam.
Kumpulan 20 orang Ustaz enggau Ustazah yang terlibat di dalam proses pengislaman tersebut terdiri daripada Haji Mohd Chathazaman, Ustaz Osman Bujang, Haji Abdul Rahman, Hussein Mustaffa, Idris Ahmad,  Sulaiman,  Ahmad Zaki,  Nazan Wahad,  Wan Raifizan, Ivurul Safiyna, Johari Bujang, Awang Syamal, Syamal, Norehan, Dayang Norejaing, Samsuddin, Ezamuddin, Latiffah enggau Ismail Ibrahim.

“Bermula daripada hari itu, kami termasuk diri saya serta JKK berasa tidak senang hati dan selalu mencuba untuk berjumpa dengan Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing supaya dapat memberikan nasihat kepada kami. Kami juga ada mendapatkan nasihat daripada PRS Kapit berkenaan dengan perkara tersebut, ” kata Tuai Rumah Along

Menteri Pembangunan Tanah , Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing apabila diminta mengulas berkenaan dengan masalah yang dihadapi Tuai Rumah Along dan anak buahnya turut menasihati anak-anak buahnya serta lain-lain yang penduduk rumah panjang bahawa di Malaysia kita bebas mengamalkan agama tetapi apabila kita telah masuk Islam amat susah hendak berpatah balik. Oleh yang demikian sekiranya didatangi oleh kumpulan-kumpulan yang macam ini kita hendaklah lebih berhati-hati. Kali ini ia berlaku kepada Rumah Along, besok lusa ianya mungkin menimpa lain-lain kampong, kata Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing 

Saya secara peribadi amat bersetuju dengan pendapat Dr James Jemut Masing, di samping itu turut mencadangkan agar satu pertubuhan untuk melindungi penduduk dayak daripada proses Islamisasi yang dikebelakangan ini turut menjadikan penduduk yang tinggal di pedalaman sebagai sasaran. Saya juga ingin mencadangkan agar pertubuhan ini nanti turut mendidik serta menyediakan pesarana untuk bersembahyang seperti gereja serta kelas-kelas Hari Ahad (Sunday School) kepada anak-anak di kawasan pedalaman Sarawak. Pemimpin Iban-Dayak hendaklah berkempen untuk meninggikan taraf agama di kalangan penduduk yang beragama Kristian.

Sekali lagi saya ingin menyeru kepada penganut Kristian di Sarawak agar dapat menghindarkan penyebaran agama Islam di kalangan penduduk Iban-Dayak terutamanya yang tinggal di pedalaman. Perlu diingatkan bahawa musuh utama orang Kristian adalah Islamisasi, kerana Islamisasi akan mengubah hubungan sosial dan politik orang-orang Iban-Dayak.

Mupok Aku


 

Comments :

0 comments to “ Penduduk Rumah Panjang Di Kapit Di Tipu Masuk Islam Oleh Sekumpulan Ustaz dan Ustazah ”

Post a Comment

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Chitika

BlogTopsites

Politics Blogs - Blog Top Sites

MyBlogLog

Google Rank

Alexa Ranking

Technorati

BlogSearch Engine

BlogRanking

Politics Blogs - Blog Rankings