Remaung6renjer

Nuffnang

Friday, November 1, 2013

Anak Taib Mahmud dapat kontrak tenaga RM600 juta dedah Pertubuhan Switzerland

Semenanjung Malaysia
1 Nov 2013

 Pendedahan Demi Pendedahan dibuat tetapi SPRM masih takut untuk bertindak terhadap Taib Mahmud.


Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud (gambar) sekali lagi mencuri perhatian apabila satu lagi tuduhan yang dibawakan oleh Bruno Manser Fund (BMF) mendedahkan keluarganya mendapat faedah daripada projek kerajaan.
Syarikat yang mempunyai hubung kait dengan keluarga Abdul Taib telah dianugerahkan sebuah kontrak bernilai RM618.6 juta bagi membangunkan saluran empangan Sarawak Energy dimiliki kerajaan negeri mendapat kritikan kumpulan alam sekitar yang berpengkalan di Switzerland.

BMF sebelum ini lantang dalam kritikan terhadap polisi etnik di Sarawak berkata anak sulung Abdul Taib, Mahmud Abu Bekir adalah pengerusi Sarawak Cable Berhad (SCB) yang merupakan anak syarikat memperoleh kontrak tersebut.
"Menurut dokumen milik syarikat, Mahmud merupakan pengerusi SCB dan pemegang saham kedua terbesar dengan 33% (21% secara langsung dan 12% tidak langsung)," kata BMF.
Media semalam melaporkan, anak syarikat SCB, Trenergy Infrastructure Sdn Bhd telah menerima surat pelantikan dua projek pembekalan elektrik 500kV yang melintasi Mapai ke Lachau dan Lachau ke Tondong.
"Dua projek itu dijangka menyumbang kepada pendapatan bersih Kumpulan Sarawak Cable bagi tahun berakhir 31 Disember 2014 dan 2015," seperti dilaporkan SCB.
Empangan yang merupakan satu daripada 11 empangan yang dirancang pembinaannya oleh kerajaan negeri bakal menyaksikan 20,000 etnik Kenyah, Kayan dan Penan akan dipindahkan.
Penduduk kampung telah menjalankan bantahan dan sekatan di sekitar kawasan Empangan Baram bagi menghalang pekerja Sarawak Energy memasuki kawasan tersebut.
"Penduduk kampung berjaya menghalang pekerja Sarawak Energy dari melakukan kerja tinjauan di Empangan Baram," menurut Straumann.
Media turut memetik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Dennis Ngau berkata keadaan di sana semakin tegang dan tiada sebarang petanda melihatkan penduduk kampung untuk beralah.
Beliau melahirkan kebimbangan masalah itu akan bertukar kepada konfrontasi dan menggesa tindakan segera perlu dilakukan.
"Hentikan kerja pembinaan sehingga notis lanjut dikeluarkan. Jangan menentang penduduk kampung. Biarkan kami yang menyelesaikan masalah ini," katanya yang merujuk kerja menebuk batu di antara Long Naah dan Long Kesseh kira-kira 200 kilometer dari bandar Miri.
Beliau turut meminta Sarawak Energy, kakitangan pejabat tanah dan Jabatan Ukur Tanah meninggalkan kawasan itu dengan kadar segera. – 31 Oktober, 2013.

Mupok Aku


 

Comments :

0 comments to “ Anak Taib Mahmud dapat kontrak tenaga RM600 juta dedah Pertubuhan Switzerland ”

Post a Comment

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Chitika

BlogTopsites

Politics Blogs - Blog Top Sites

MyBlogLog

Google Rank

Alexa Ranking

Technorati

BlogSearch Engine

BlogRanking

Politics Blogs - Blog Rankings