Remaung6renjer

Nuffnang

Tuesday, December 25, 2012

Mahmud Abu Bekir Anak Taib Mahmud Ada Wang Tunai RM 9 Juta

Tuesday, 25th December 2012
Kuantan, Pahang

Perompak Negeri Sarawak

Saya tertarik dengan fakta yang ditimbulkan di mahkamah yang memaklumkan bahawa anak Taib Mahmud memiliki wang tunai sebanyak RM 9 Juta. Agak-agaknya sekiranya Bekir bukan anak Taib Mahmud, mampukah dia memiliki wang tunai sebanyak itu? Maklumat inipun tidak cukup kuat untuk mendakwa Taib Mahmud?
 
 
Anak lelaki ketua menteri Sarawak, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib memiliki lebih sembilan juta ringgit dalam bentuk wang tunai dan akaun unit amanah, demikian Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur diberitahu hari ini.
 
Jumlah ini termasuk RM4.4 juta dalam satu akaun semasa CIMB, RM3 juta simpanan tetap dengan bank yang sama, dan RM1.3 juta dalam KWSP dan lebih RM500,000 dalam akaun unit amanah ASN dan ASB. Ia didedahkan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Datuk Mohamad Abdullah oleh saksi-saksi yang dipanggil oleh plaintif, bekas isteri Bekir, Shahnaz Abdul Majid, yang menyamannya untuk harta sepencarian semasa perkahwinan mereka.
 
Saksi pertama hari ini, ketua pasukan Unit Resolusi Pelanggan CIMB, Sia Kwai Buay, memberitahu mahkamah bahawa Bekir mempunyai RM4,401,987.45 dalam akaun semasa, serta RM3,008,663.10 dalam akaun deposit tetap yang telah diambil balik dan kemudiannya diagih ke dalam tiga deposit tetap yang lain.

Kemudian, saksi kedua yang dipanggil, Anizah Jaafar, seorang penolong pengurus dari Jabatan Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), memberitahu mahkamah bahawa akaun KWSP Bekir adalah kira-kira RM1,367,584.66. Katanya, Bekir memiliki akaun KWSP sejak tahun 1992 dan menerima sumbangan sebagai seorang pekerja dari pelbagai syarikat, yang paling terkini ialah caruman bulanan sebanyak RM4,600 daripada Cahya Mata Sarawak Berhad dan RM9,200 daripada Titanium Project Management Sdn Bhd dari tahun 2011 hingga sekarang. Bagaimanapun, katanya, defendan telah mengeluarkan RM158,312 pada tahun 1998 dan RM1,874,331 pada tahun 2011.
 
Manakala saksi ketiga, iaitu Bazit Othman, pengurus Jabatan Perhubungan Agen dan Pelanggan ASNB, pula memberitahu mahkamah bahawa Bekir mempunyai RM389,237.83 dalam akaun ASB dan 149,888.17 unit dalam akaun ASN yang, jika dijual pada nilai terakhir anggaran saham ASN, akan berjumlah RM131,901,59. Semua saksi datang dengan kenyataan pengesahan daripada pelbagai organisasi mereka untuk menyokong keterangan masing-masing.

Mupuk Aku




Umi Hafilda Kahwin Akhirnya

Tuesday, 25th Dec 2012
Kuantan Pahang

Pilih Lelaki Pakistan yang Nalla.....punya


Siapa yang tidak kenal Umi. Bagi orang Kapit dia menjadi terkenal kerana Beginda iaitu kawan baik Datuk Sng yang berasal dari Kapit mengaku telah menidurinya. Di hari Krismas ini saya ingin berkongsi artikel berkenaan dengan perkahwinan Umi alat BN yang popular ini.
 
SEJAK penglibatannya dalam pentas politik, Ummi Hafilda Ali tidak putus-putus dilanda kontroversi sehingga ada berita yang mengatakan beliau sudah berkahwin dan bercerai sebelum ini. Terbaru, Ummi Hafilda, 45 dikhabarkan bakal berkahwin dengan lelaki pilihannya, seorang pakar terapi kecantikan, Dr Zaman Khan, 33.
 
Namun katanya, tarikh dan lokasi perkahwinan terpaksa dirahsiakan atas faktor keselamatan. “Dalam waktu terdekat ini saya akan melangsungkan majlis perkahwinan. Tarikh dan tempat sudah ditetapkan. Mungkin dalam dua atau tiga minggu lagi. “Tetapi saya terpaksa merahsiakannya buat masa sekarang atas faktor keselamatan, memandangkan saya ada ramai musuh politik,” katanya ketika dihubungi portal harian yang popular.
 
Ummi Hafilda yang tidak menyangka perkenalan singkat dengan lelaki kelahiran Pakistan itu sampai ke tahap merancang perkahwinan. Jatuh cinta pandang pertama membuatkan Dr Zaman Khan tidak teragak-agak melahirkan hasrat untuk menyunting Ummi meskipun beliau menolak berkali-kali atas faktor usia. “Bagi saya, perkahwinan ini terlalu awal, tetapi dia berjaya meyakinkan ibu saya, malah dia mengambil berat terhadap ibu saya. Ini yang menyentuh hati saya.
 
“Dua perkara yang membuatkan saya tertarik pada dia. Pertama, dia mengambil berat terhadap keluarganya dan keluarga saya. Kedua, dia menjaga solat,” katanya yang mungkin bakal berbulan madu di Eropah.
 
Ummi Hafilda merupakan adik kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali. Ketika ditanya sama ada Azmin bakal dijemput, Ummi menjawab, “saya tak nak jadi hipokrit. Saya tak dapat menjemput dia bukan kerana politik.” “Kalau saya jemput pun dia tak akan hadir. Sedangkan anak saudara kami berkahwin pun dia tidak hadir... pergi majlis orang lain boleh. "Malah, dia sudah anggap saya musuh, bukan adik,” jelasnya.
 
Menurut Ummi Hafilda, aktiviti politiknya tidak akan terhenti selepas berkahwin memandangkan itu prioriti utamanya. “Saya sudah jelaskan pada bakal suami bahawa hal berkaitan parti adalah prioriti saya, peribadi jatuh nombor dua atau tiga. “Saya tetap akan aktif berpolitik dan alhamdulillah, dia faham,” katanya yang pernah membawa Dr Zaman ke salah satu ceramah politiknya sebelum ini.

Mupok Aku



Blog Widget by LinkWithin

Chitika

BlogTopsites

Politics Blogs - Blog Top Sites

MyBlogLog

Google Rank

Alexa Ranking

Technorati

BlogSearch Engine

BlogRanking

Politics Blogs - Blog Rankings