Remaung6renjer

Nuffnang

Wednesday, November 21, 2012

Parti BN Merompak Tanah Di Selangor

Wednesday, 21st November 2012
Kuantan, Pahang

Rompakan Tanah Di Selangor Oleh Parti-Parti Komponen BN Bakal Meranapkan Usaha BN Untuk Merampas Selangor


ADUN Sekinchan Ng Suee Lim hari ini menuduh Barisan Nasional merebut tanah di Selangor, sambil mendedahkan bahawa ia telah memperolehi sejumlah 24 tanah negeri pada harga RM1 sekaki persegi, sedang jumlah nilai pasaran dianggarkan sekurang-kurangnya RM20 juta.
Ng mendakwa, jumlah saiz tanah tersebut yang merangkumi tujuh daripada sembilan daerah di Selangor, dianggarkan kira-kira 33.5 ekar atau 1,459,260 kaki persegi.
 
 
Bercakap dalam sidang akhbar di lobi Dewan Undangan Negeri Selangor petang ini, beliau mendakwa, kesemuanya adalah tanah bernilai tinggi dan merupakan tanah komersial.
 
Selepas Umno, MCA, MIC dan Gerakan mendapat tanah itu, dakwa Ng lagi, mereka segera mengadakan usahasama (untuk membangun tanah tersebut) atau menjualnya untuk puluhan ribu atau berjuta-juta keuntungan.
 
Ng mengejek kepelbagaian parti politik yang terlibat, dengan gelaran "sapu Tanah 1Malaysia", merujuk kepada kempen 1Malaysia kerajaan persekutuan.
 
Daripada 24 tanah itu, dakwanya, Umno mendapat kongsi terbanyak - 15 bahagian, manakala MCA, MIC dan Gerakan masing-masing memperolehi lima, tiga dan satu bahagian pada harga yang rendah.
"Ini yang berdaftar di bawah nama parti, bilangan yang didaftarkan di bawah nama individu, kita tidak tahu," kata Ng.
Mupok Aku


Blog Widget by LinkWithin

Chitika

BlogTopsites

Politics Blogs - Blog Top Sites

MyBlogLog

Google Rank

Alexa Ranking

Technorati

BlogSearch Engine

BlogRanking

Politics Blogs - Blog Rankings