Remaung6renjer

Nuffnang

Sunday, September 2, 2012

Terima Kasih TV3 Kerana Telah Mendedahkan Perbuatan Kerajaan BN

Sunday, 2nd September 2012
Kuantan



Diharap Pendedahan TV3 Dapat Membuka Mata Rakyat Sarawak

 Sebagai rakyat jati negeri Sarawak, sekali baca rencana yang disiarkan di Malaysiakini merasa teramat marah kerana keceluparan mulut pemberitanya iaitu Nurul Syuhada yang menggelar bandar Bintulu sebagai daif, tetapi apabila diteliti dengan bersungguh-sungguh, saya merasa berterima kasih kepada Nurul kerana telah mendedahkan perbuatan buruk kerajaan Barisan
Nasional terhadap rakyat Sarawak serta bandar Bintulu khasnya.

Nurul Syuhadah seperti penduduk Semenanjung Malaysia yang lain sememangnya beranggapan bahawa Sarawak adalah sebuah negeri yang mundur. Kebanyakan mereka tidak mengetahui bahawa Sarawak merupakan pengeluar minyak serta gas asli utama Malaysia. Yang mereka tahu adalah minyak Malaysia dihasilkan oleh PETRONAS dan bukan Sarawak. 



Nurul (gambar atas) di dalam sebuah rancangan terbitan TV3 telah secara spontan mengatakan bahawa Bintulu merupakan sebuah bandar yang daif. Kenyataannya telah menimbulkan kemarahan rakyat Sarawak. Di antara mereka yang menyuarakan rasa marah mereka terhadap Nurul adalah Pemuda PAS Sarawak.


Pemuda PAS Sarawak berkata, kenyataan oleh Nurul Syuhada Nurul Ain semasa lintas langsung stesen itu kelmarin " benar-benar mengguris hati rakyat Sarawak".

"Kenyataan spontan mengenai kedaifan Bintulu ini menunjukkan ketidakpedulian pengacara TV3 tersebut, yang juga merupakan seorang wartawan. 

"Jika kualiti kewartawanan di TV3 adalah sebegini rendah, tidak hairanlah berita-berita di TV3 setaraf berita kedai kopi, penuh fitnah dan tangkap muat," kata Ketua Pemuda PAS Sarawak Mohd Arifiriazul Paijo.


Bintulu juga bakal menjadi tuan rumah perayaan sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan pada 16 September ini.

Dalam kenyataannya terbaru beliau , Mohd Arifiriazul berkata, hakikatnya, Bintulu, merupakan bandar ketiga terbesar di Sarawak dan merupakan hub industri LNG di Sarawak yang menjadi penyumbang utama pendapatan negara.

"Kami menggesa pihak TV3 memohon maaf atas ucapan semberono pengacara mereka mengenai Bintulu. 

"Kami menasihatkan pihak TV3 mewajibkan kerja rumah kepada semua wartawan mereka sebelum menerbitkan sesuatu berita," katanya.

Bagaimanapun, dewan itu berpendapat, isu itu timbul kerana kerajaan negeri didakwa gagal membangunkan Sarawak sehingga dilabel daif. 

"Masyarakat umum masih menganggap Sarawak sebagai negeri miskin dan daif, kecuali di kawasan bandar seperti Kuching. Ini merupakan satu persepsi umum yang ada benarnya," katanya.

Semoga Kenyataan Nurul Dapat Membuka Mata Rakyat Sarawak

Adalah diharapkan pendedahan yang dibuat oleh TV3 serta Nurul khasnya akan dapat membuka mata penduduk Sarawak tentang sejauh mana kekayaan negeri ini telah dirompak oleh kerajaan BN untuk kemajuan di Semenanjung sehingga tempat sendiri di dalam keaadaan yang serba kekurangan serta daif.



Mupok Aku





Takkan Najib Lebih Besar Daripada DYMM Agong

Sunday, 2nd September 2012
Kuantan



Gangnam Najib Style : Takkan Najib Lebih Penting Daripada Agong..

  Takkan Najib lebih besar daripada Agong. Meminjam frasa yang sama yang digunakag oleh Najib seperti yang ditulis oleh BERNAMA iaitu ajensi berita yang  pro-UMNO di dalam laporannya yang cuba mengapi-apikan perasaan benci rakyat Selangor terhadap kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat (PR) dengan  menggambarkan seolah-olah bahawa kerajaan PR tidak menghormati institusi DiRaja. Di dalam tulisannya, BERNAMA telah menggelarkan  kerajaan Selangor sebagai lebih mengutamakan ketua pembangkang kalau dibandingkan dengan Sultan Selangor, ini kerana menurut Najib, kerajaan Selangor di bawah naungan Pakatan Rakyat (PR) telah  tidak menjemput Sultan Selangor tetapi sebaliknya menjemput Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) ke majlis Di Ambang Merdeka peringkat Negeri Selangor pada 30 Ogos 2012.

Pemimpin Yang Bakal Menduduki Kerusi Najib Sebagai PM : Najib Takut Akan DSAI


Apa Kata Tan Sri Khalid

Bertindak ke atas tuduhan Najib, Tan Sri Khalid telah memberikan penjelasan dan mengatakan  bahawa Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor telah mematuhi segala amalan dan prosedur dalam menganjurkan majlis tersebut. Menurut Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pejabat SUK mempunyai pengalaman luas dalam mengadakan program seumpama itu pada tahun-tahun sebelum ini dan beliau “tidak berasa sangsi dengan keupayaan pejabat SUK menganjurkan sambutan itu dengan betul dan tertib”.
Sambutan ini bukanlah daripada penglibatan parti politik semata-mata tetapi ia dilaksanakan pegawai kerajaan menerusi pejabat SUK untuk beberapa tahun sebelum ini termasuk pentadbiran terdahulu,
kata Menteri Besar kepada pemberita selepas melancarkan sebuah pameran kartun di Galeri Shah Alam di sini. 

MB Selangor Yang Telah Berjaya Menahan Sebotaj UMNO


Beliau menyangkal dakwaan Najib bahawa kerajaan Selangor pimpinan PKR membelakangkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah apabila tidak menjemput baginda ke majlis sambutan itu. Mengulas lanjut, Abdul Khalid berkata satu jawatankuasa khas dianggotai wakil pejabat SUK dan Menteri Besar ditubuhkan setiap kali menjelang sambutan ambang kemerdekaan.

Untuk menyokong hujahnya, Tan Sri Khalid berkata pihaknya mengadakan perjumpaan dengan Sultan Selangor setiap hari Rabu sebelum mesyuarat exco untuk memaklumkan mengenai segala program yang diadakan di negeri itu termasuk sambutan ambang kemerdekaan.

Bukti Bahawa Kerajaan Selangor Tidak Membelakangkan Sultan

Menurut satu sumber yang enggan dikenalpasti, adalah menjadi amalan biasa pejabat SUK untuk menjemput Sultan Selangor hanya untuk berangkat ke Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat sempena sambutan Hari Kemerdekaan, dan bukannya untuk sambutan malam ambang kemerdekaan.

Apakah Motif  PM Najib Membuat Kenyataan Yang Berunsur Fitnah Tersebut?

PM Najib Serta UMNO Tidak Layak Untuk Bercakap Pasal Kesetiaan Kepada Raja. Lihat Apa yang telah mereka Lakukan..


Daripada kenyataan Tan Sri Khalid berkenaan adalah jelas bahawa beliau cuba mensebotaj kerajaan negeri Selangor. Ini bukanlah kes terpencil yang dilakukan oleh Kerajaan BN pimpinan Najib cuba untuk mensebotaj kerajaan negeri. Terdahulu niat murni kerajaan negeri untuk memberikan air percuma kepada rakyatnya telah turut disebotaj oleh BN iaitu melalui Syarikat Pembekalan Air Selangor dengan cara mencatu bekalan air kepada penduduk Selangor, walaupun terbukti bahawa pusat takungan air sedia ada mampu untuk membekalkan air kepada penduduk Selangor. Dalam hal ini saya ingin bertanya kepada NGO yang pro UMNO seperti PERKASA kenapa laporan polis tidak dibuat?

Kepada kerajaan BN serta Najib sendiri, jangan cuba mempermainkan isu kesetiaan kerajaan PR kepada Raja-raja Melayu ini kerana kerajaan PR tidak pernah menderhaka kepada raja-raja Melayu yang adil. Tetapi sebaliknya kerajaan BN sendiri telah terbukti bahawa merekalah yang pernah dan sentiasa memperlekehkan Raja-raja. Ingat lagi apa yang (Tun) Mahathir telah buat terhadap kekebalan Raja-raja serta apa yang penyokong BN telah buat apabila Sultan Terengganu tidak memperkenankan Idris Jusoh sebagai Menteri Besar Terengganu? 

Rakyat Nampak, Dengar Serta Tahu Tentang Keadaan Sebenar

Grup Tarian Gangnam Buntut : Tak Ada Ciri-Ciri Bekas Tentera Langsung Tapi Nak Mengaku sebagai Bekas Tentera. Di Dalam Tentera Tak Pernah Di Ajarpun Tarian Gangnam Buntut Ni : Grup NGO Pro-UMNO
Kesetiaan UMNO Kepada Raja


Setianya UMNO Kepada Raja : Tak Ada Pula Grup Gangnam Tarian Buntut Buat Persembahan Di Hadapan Rumah Pemimpin UMNO!


Najib tidak boleh mendabik dada bahawa kerajaan pusat tidak pernah membelakangkan DYMM Agong di dalam aktiviti-aktiviti tajaannya. Sebagai contohnya  (tidak semua) twitter 1 juta untuk PM, kenapa tidak twitter untuk DYMM Agong? Itu hanyalah satu program sahaja, sebenarnya ada  berlambak lagi program yang dianjurkan oleh BN yang lebih mengutamakan PM dibandingkan  dengan keutamaan kepada DYMM Agong.

Saya juga ingin menyentuh serba sedikit tentang perayaan Hari Kebangsaan pada tahun ini ( 55 Tahun Hari Kemerdekaan Malaya) yang merupakan aktiviti anjuran kerajaan BN yang terbaru sekali serta tidak mengutamakan tema yang lebih nasionalis serta menunjukkan kesetiaan kepada Raja dan Negara. Kita tidak perlu tanya lepasan universiti untuk mengetahui bahawa tema hari Kebangsaan yang ke-55  yang berbunyi "Janji Ditepati" adalah satu tema yang berbau politik atau tidak. Pelajar tahun 5 pun dapat mengetahui bahawa tema tersebut adalah berbau politik. Oleh itu jangan salahkan rakyat sekiranya sambutan kemerdekaan pada tahun ini tidak semeriah tahun-tahun yang lepas yang mempunyai tema yang lebih nasionalis serta dapat diterima oleh semua rakyat tidak mengira kepercayaan politik.
Saya juga hairan kenapa PERKASA tidak membuat laporan polis atau membuat tarian Gangnam Buntut di hadapan kediaman PM?

Tapi Najib, Rakyat Tidak BODOH

Kepada PM Najib serta pemimpin-pemimpin BN yang lain, saya ingin mengingatkan agar melihat sekeliling serta lihat diri sendiri di dalam cermin sebelum mengeluarkan kenyataan untuk mengelakkan daripada terkena diri sendiri. Satu perkara yang perlu diteliti adalah "Rakyat bukan BODOH"

Mupok Aku




 
Blog Widget by LinkWithin

Chitika

BlogTopsites

Politics Blogs - Blog Top Sites

MyBlogLog

Google Rank

Alexa Ranking

Technorati

BlogSearch Engine

BlogRanking

Politics Blogs - Blog Rankings