Remaung6renjer

Nuffnang

Sunday, December 16, 2012

Najib's Another Election Promise For Ex-Servicemen

Sunday, 16th Dec 2012
Kuantan, Pahang

Kalau pada tahun lepas mereka menjanjikan untuk memberikan pencen kepada semua bekas tentera yang tidak berpencen yang tidak pernah dilaksanakan, pada kali ini beliau menggunakan platform Jabatan Veteran iaitu platform serta kemudahan yang sedia ada untuk memancing undi bekas tentera. Tapi saya ingin menasihatkan bekas tentera, jangan terpedaya. Kalau Pakatan Memerintah, dengan pengurangan rasuah akan membuatkan mereka boleh memberi lebih daripada apa yang dijanjikan oleh BN.
 
 
Kepada Bekas Tentera Semua, Jangan Kalah dengan Rasuah Politik Najib....Remaung6Renjer
 
Semalam Najib telah melancarkan bantuan-bantuan untuk bekas tentera terutamanya mereka yang tidak berpencen. Tapi saya ingin mengingatkan anggota bekas tentera semua bahawa itu hanyalah janji politik. Kalau tidak percaya, saya ingin mencabar tuan-tuan semua untuk memohon bantuan berkenaan jawapan yang biasa kita dengar adalah "Peruntukan tidak Cukup".
 
Sila baca Laporan BERNAMA di bawah.
 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Program Pengiktirafan Veteran 1Malaysia (1MVRP) yang menggariskan tujuh inisiatif bagi menjaga kebajikan dan memperkukuhkan tahap sosio-ekonomi veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
 
Tujuh inisiatif berkenaan ialah Program Penempatan Kerja untuk Veteran; Program Bimbingan Usahawan Veteran; Program Meningkatkan Penerimaan Latihan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat) oleh Industri; Kad Privilege 1Malaysia; Pusat Sehenti Veteran 1Malaysia; Program Pembangunan Keluarga Veteran 1Malaysia serta Program Membaikpulih dan Membina Rumah Veteran 1Malaysia.
 
Najib berkata 1MVRP adalah satu lagi produk 1Malaysia yang dilaksanakan di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan. Beliau berkata program berkenaan akan memberi manfaat kepada semua veteran tentera termasuk 243,500 veteran tentera yang tidak berpencen. "Ia boleh dianggap sebagai satu lagi produk 1Malaysia yang bertujuan supaya setiap kelompok tidak kira latar belakang, wilayah atau komuniti mesti mendapat sentuhan, faedah dan pembelaan daripada kerajaan," katanya pada majlis pelancaran program itu di Kuala Kangsar.
 
Mengulas lanjut mengenai inisiatif berkenaan, Najib berkata melalui Program Penempatan Kerja untuk Veteran, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta yang terlibat akan menawarkan peluang pekerjaan kepada veteran ATM yang berminat. Beliau berkata sebanyak 4,300 jawatan kosong dijangka ditawarkan oleh syarikat berkenaan khusus untuk veteran ATM.
Katanya bagi kumpulan yang berminat untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan, latihan keusahawanan juga akan disediakan kepada mereka. "Kerajaan memperuntukkan RM3.5 juta melalui inisiatif itu untuk diagihkan kepada veteran yang berminat dan dana ini akan diuruskan oleh Perhebat dan dikawalselia oleh Tekun Nasional," katanya.
 
Beliau berkata kerajaan juga akan memperluaskan Kad Privilege 1Malaysia yang diberikan kepada anggota tentera sebelum ini kepada veteran ATM. "Sebagai sebuah kerajaan yang prihatin maka kerajaan ambil keputusan keistimewaan ini akan turut diperluaskan kepada semua warga veteran ATM," katanya.
 
Beliau berkata bagi memastikan veteran ATM mendapat akses kepada maklumat dan pertolongan yang diperlukan, kerajaan akan mewujudkan Pusat Sehenti Veteran 1Malaysia. Najib berkata kem-kem tentera terpilih akan dijadikan pusat sehenti untuk mereka membuat rujukan dan pertanyaan.
 
Selain itu, beliau berkata Program Pembangunan Keluarga Veteran 1Malaysia diwujudkan untuk pembangunan sosio-ekonomi keluarga veteran ATM bagi membolehkan mereka menjana pendapatan yang lebih baik dan stabil. Katanya program itu akan dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui program 1Azam.
 
Perdana Menteri berkata bagi memastikan keselesaan hidup veteran ATM, kerajaan turut melaksanakan Program Membaikpulih dan Membina Rumah Veteran 1Malaysia. Katanya sebanyak 49 rumah veteran ATM dibina atau dibaik pulih di seluruh negara tahun ini manakala 100 rumah disasarkan akan dibaik pulih atau dibina tahun depan.
 
Najib berkata pelancaran tujuh inisiatif berkenaan membuktikan keprihatinan dan pengiktirafan kerajaan terhadap warga veteran ATM yang telah berkorban memastikan keamanan negara. "Saya hargai apa sahaja yang dilakukan oleh para veteran tentera. Apa sahaja yang dikecapi ketika ini atas jasa, perjuangan dan bakti anggota tentera," katanya sambil menjelaskan bahawa kestabilan ekonomi Malaysia juga diperolehi hasil daripada pengorbanan anggota tentera yang memastikan keamanan negara.
 
Najib memberi jaminan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) akan terus menepati janji untuk memastikan kesejahteraan rakyat. "Inilah yang saya katakan bahawa berbeza antara kerajaan dan pembangkang. Kalau kita janji kita tepati, tetapi pembangkang hanya janji kosong... BN bawa keamanan dan kestabilan, pembangkang bawa kesengsaraan dan huru hara, tidak sealiran dan kucar kacir," katanya. - Bernama
 
Mupok Aku
 
 
 

Comments :

0 comments to “ Najib's Another Election Promise For Ex-Servicemen ”

Post a Comment

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Chitika

BlogTopsites

Politics Blogs - Blog Top Sites

MyBlogLog

Google Rank

Alexa Ranking

Technorati

BlogSearch Engine

BlogRanking

Politics Blogs - Blog Rankings