Remaung6renjer

Nuffnang

Friday, October 5, 2012

Pegawai SPRM Berdalih Dengan Beralasan Taib Tiada Melakukan Rasuah

Friday, 5th Oct 2012
Kuantan, Pahang

Anak dapat projek, tiada bukti Taib salah guna kuasa

Kalaulah dia ini bukan anak Taib Mahmud, agak-agaknya dapat kah dia mencapai kekayaannya seperti sekarang? Satu soalan mudah serta dapat dijawab dengan mudah oleh pegawai-pegawai SPRM

Apabila SPRM dinaik taraf dari Jabatan ke sebuah Ajensi, panduan yang cuba diguna pakai adalah daripada kejayaan Independent Commission Against Corruption (ICAC) Hong Kong. ICAC yang telah ditubuhkan pada 1974 ditubuhkan untuk menangani masalah rasuah di Hong Kong. ICAC semenjak ditubuhkan telah berjaya menurunkan kadar jenayah di Hong Kong.

Berbalik kepada Malaysia, SPRM telah mulai beroperasi pada  1 Januari 2009 menggantikan Badan Pencegah Rasuah (BPR) Malaysia. Ia ditubuhkan melalui penggubalan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Daripada struktur nya yang diletakkan di bawah JPM, sampai kiamatpun rasuah di Malaysia tidak akan dihapuskan seperti di Hong Kong, Australia serta negara-negara  lain.
Perkara ini dapat dibuktikan lagi dengan perbuatan rasuah pemimpin-pemimpin negeri yang kaya raya serta berbelanja berleluasa tetapi masih tidak diambil tindakan oleh SPRM. Yang terbaru yang didedahkan serta telah mendapat perhatian rakyat adalah pembongkaran nilai harta benda anak Taib Mahmud oleh bekas isterinya di mahkamah. Menurut dakwaan Shanaz iaitu bekas isteri Bekir, anak ketua Menteri Sarawak itu memiliki harta berjuta-juta Ringgit Malaysia. Walau bagaimanapun bukti kekayaan Taib didedahkan baik oleh orang-orang di sekelilingnya ataupun oleh pertubuhan atau orang perseorangan daripada luar negara, tetapi Taib masih kebal serta tindakan undang-undang tidak dapat ataupun masih tidak diambil. 
Cuba kita bayangkan sekiranya Bekir itu adalah anak Datuk seri Anwar Ibrahim (DSAI), atau anak Lim Kit Siang, ataupun anak kepada Karpal Singh, serta anak kepada Nik Aziz, maka akan berduyun-duyun lah NGO milik UMNO iaitu PERKASA membuat laporan kepada SPRM ataupun polis, dan keesokan harinya mulalah PDRM ataupun SPRM bertindak..Adakah itu tujuan penubuhan SPRM ataupun fungsi PDRM?

Berbalik kepada kekayaan Bekir ataupun Taib sendiri, pegawai SPRM mengatakan bahawa Taib tidak ada melakukan rasuah kerana dia tidak terlibat sebagai Komiti Tender Kerajaan. Tapi SPRM buta ke bahawa komiti adalah orang-orang Taib sendiri. malahan saya rasa yang lantik diorang itu adalah Taib sendiri.
Alasan lain adalah adakah pegawai SPRM buta atau telah dipegang telur mereka oleh boss JPM. Untuk maklumat semua, keluarga Taib adalah keturunan nelayan yang miskin. tapi lihat hari ini. Daripada adik-beradik, bapa saudara, sepupu, ipar, anak serta cucu Taib adalah mereka-mereka yang terkaya di Sarawak. bagaimana pula mereka ini menjadi kaya? Budak tahun 5pun akan berkata atau tahu bahawa taib menyalah guna kuasa serta rasuah. Jangan bagi tahu rakyat bahawa pegawai-pegawai SPRM lebih muntat daripada budak sekolah tahun 5 pula.

Saya ingin memetik kata-kata pegawai SPRM  yang dipetik oleh Malaysiakini memaklumkan  bahawa walaupun anak ketua menteri Sarawak Mahmud Abu Bekir menjadi kaya raya hasil manfaat daripada negeri, Peruntukan undang-undang sedia ada tidak membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa Tan Sri Taib Mahmud atas dakwaan salah guna kuasa. Menurut Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Mohd Shukri Abdull berkata lagi  Taib sama ada mengisytiharkan kepentingannya atau tidak hadir semasa mesyuarat yang membuat keputusan menganugerahi projek negeri kepada Bekir dibuat.
Pegawai Kerajaan yang tidak dapat diharapkan. Takat IQ lebih rendah daripada pelajar tahun 5


"Berhubung anaknya, dan pengakuan (bekas) menantunya di mahkamah. Betul, dia menerima konsesi seperti balak, yang boleh dijual dan menghasilkan banyak wang.

"Tetapi dia mohon projek itu dan dapat. Bapanya tidak membuat keputusan, ia diluluskan oleh ahli exco (kabinet Sarawak). Ini kelemahan undang-undang," katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur hari ini.

Itu di alasan lapuk yang sudah biasa kita dengar. daripada penyata di atas memang Taib ada melakukan rasuah. Sekiranya undang-undang SPRM ada kelemahan kenapa tidak dipinda. kalau melibatkan pembangkang mesti dapat dipinda serta merta punya. Lihat undang-undang DNA yang hendak diguna pakai untuk DSAI. Dalam masa singkat dapat dipinda.
Di samping itu, sekiranya SPRM tidak dapat bertindak, kenapa PDRM berdiam diri? Nak tunggu Taib meletak jawatan baru mahu ambil tindakan? Jangan lambat sebelum banyak lagi kekayaan jatuh kepada keluarga Taib.


Ajensi kerajaan sila jangan buta atau buat-buat BUTA!

Mupok Aku


 

Comments :

0 comments to “ Pegawai SPRM Berdalih Dengan Beralasan Taib Tiada Melakukan Rasuah ”

Post a Comment

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Chitika

BlogTopsites

Politics Blogs - Blog Top Sites

MyBlogLog

Google Rank

Alexa Ranking

Technorati

BlogSearch Engine

BlogRanking

Politics Blogs - Blog Rankings