Remaung6renjer

Nuffnang

Saturday, October 13, 2012

NGO Pro UMNO Hentam Najib?

Saturday, 13th Oct 2012
Kuantan, Pahang

Najib mengaku jumpa Soros

Najib Mengakui Menemui Soros : Pertemuan Apa?


Walau bagaimana benar serta apa sekalipun tujuan pertemuan Najib/Soros apabila ditanya semua NGO Pro BN masih dengan alasan bodoh mereka iaitu "Masih Belum Baca Laporan"...Sekarang bagai mana? Nak buat Laporan Polis untuk menyiasat Najib serta nak haramkan Najib untuk bertanding pada pilihanraya yang akan datang? Muntat enggau belik!

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengesahkan bahawa beliau bertemu dengan jutawan George Soros di New York dua tahun lalu.

Najib menegaskan pertemuan di Manhattan itu diadakan "atas permintaan dia" - yang pernah didakwa sebagai penyangak mata wang sewaktu krisis ekonomi Asia pada 1997.

"Ya, saya jumpa atas permintaan dia (Soros), dan selepas Tun Mahathir pun jumpa George Soros. Saya anggap itu tidak ada masalah, bagi saya nak jumpa George Soros.

"Yang penting apa yang dibincangkan. Jadi kita tak bincang nak menjatuhkan kerajaan atau mendapatkan kewangan dan sebagainya. Ia adalah kunjungan hormat yang biasa," katanya selepas diminta pemberita untuk mengesahkan pertemuan itu.

Ditanya apa yang dibincangkan dalam pertemuan tersebut, Najib yang juga pengerusi BN berkata:

"Ia adalah pertemuan antara dua pihak, ia adalah kunjungan hormat".

"Tidak ada salah, tidak ada niat jahat, dan tidak ada perkara yang perlu dibimbangi," katanya lagi.

Ditanya sama beliau menasihat Soros jangan membiayai kepada "kerajaan boneka", Najib berkata:

"Kami tidak bercakap mengenai perkara itu dan beliau tidak menyentuh mengenai perkara tersebut.

"Saya berjumpa dengannya kerana beliau mahu bertemu dengan saya. 

"Dan hakikatnya Tun Mahathir bertemu dengan beliau sebelum ini. Tak ada salah," katanya sambil menegaskan pertemuan tersebut adalah kunjungan hormat dan tidak ada masalah mengenainya.


Mupok Aku



 

Comments :

0 comments to “ NGO Pro UMNO Hentam Najib? ”

Post a Comment

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Chitika

BlogTopsites

Politics Blogs - Blog Top Sites

MyBlogLog

Google Rank

Alexa Ranking

Technorati

BlogSearch Engine

BlogRanking

Politics Blogs - Blog Rankings