Remaung6renjer

Nuffnang

Saturday, October 13, 2012

Nasharuddin Menghasut Dengan Mengatakan Bahawa DAP Mahu Jadikan Malaysia Negara Kristian

Saturday, 13th October 2012
Kuantan, Pahang

Kumpulan Siswa Islam Mendakwa Nasharuddin Memberi Ucapan Menghasut!

Adakah beliau menjadi Alat UMNO untuk Menyemai Perasaan Benci Pengundi Islam Terhadap PAKATAN?

Saya bersimpati dengan bekas Naib Presiden PAS ini yang telah diperalatkan oleh UMNO untuk menyemaikan perasaan takut pengundi Islam. Beliau telah mengulangi dakwaan Utusan Malaysia yang DAP akan menjadikan negara ini sebagai negara Kristian sekiranya menang pilihanraya. Sebagi orang Kristian, kita tidak pernah bercita-cita untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian. Yang kita minta adalah kebebasan beragama dijamin. Perkara ini telah dibuktikan di Kelantan iaitu salah satu negeri di bawah PAKATAN RAKYAT, di mana penganut Kristian serta Buddha serta lain-lain agama telah diberi kebebasan untuk mengamalkan agama masing-masing. Selain itu, yang kita perjuangkan adalah hak kaum pribumi (Native) adalah dijaga. kalau ada yang cuba menggugat hak ini....kita tidak takut untuk beri amaran...JANGAN CUBA. Apa yang berlaku di Sabah takkan terjadi di Sarawak! WWW.Bukittunggal.Com
Kumpulan mahasiswa Islam mendesak Majlis Syura PAS mengheret bekas timbalan presiden parti itu Nasharuddin Mat Isa ke tribunal hisbah kerana kenyataannya tentang kemenangan Islam sebelum ini.

Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) Syis Abdul Kadir mendakwa, kenyataan Nasharuddin bahawa "kemenangan Islam tak pernah dibantu orang kafir" mencemarkan nama Islam dan memberi tanggapan buruk kepada kepimpinan Islam.

"Tegasnya saya mendesak agar Majlis Syura PAS membawa Nasharuddin ke tribunal hisbah di atas kesalahan yang dilakukan serta memberi hukuman sekurang-kurangnya digantung keahlian PAS.

"Ini adalah demi menjaga keharmonian dan imej Islam," katanya.

Persatuan yang dekat dengan pembangkang itu juga berhujah, terdapat banyak kerjasama politik dan perkongsian kuasa dalam sirah yang membina kemenangan Islam, seperti konsep himayah, peristiwa hilful fudhul dan pembukaan kota Madinah,

"Apakah beliau benar-benar tidak menyoroti sirah Rasulullah SAW serta peranan dan keperluan tahaaluf siyasi (kerjasama politik) atau buat-buat jahil?" soal Syis.

Nasharuddin pada 9 Oktober lalu berlata seorang pemimpin parti itu pernah memberitahunya bahawa kemenangan Islam tidak pernah dibantu oleh orang kafir tetapi hanya oleh umat itu sendiri.
Dalam pembentangan di majlis wacana di Kuala Lumpur, Nasharuddin membangkitkan persoalan sama ada bukan Islam kini berbaik dengan umat Islam "untuk kesenangan bersama (marriage of convenience) dalam langkah percaturan politik singkat semata-mata untuk meraih sokongan di peti undi".

Akhlak pemimpin Islam

Dalam sidang media selepas itu, Nasharuddin juga berkata, beliau bersedia sekiranya dikenakan tindakan disiplin mengenai kenyataannya berhubung kerjasama antara PAS dan DAP.

Dalam kenyataannya hari ini, Syis juga berkata, secara realitinya, PAS perlu konsisten dengan kerjasama bersama PKR dan DAP untuk memastikan misi ke Putrajaya bukan sekadar polemik politik.

"Tidak cukup dengan penganjuran jelajah dan himpunan, namun apa yang lebih penting ialah memastikan tiada dalam kalangan kepimpinan PAS yang masih berfikiran kuno seperti Nasharuddin Mat Isa," katanya.

Beliau juga mempersoalkan kenyataan Nasharuddin berhubung isu 'doa Kristian' sebelum ini apabila membuat tuduhan tanpa bukti - tindakan yang didakwa mencemarkan imej Islam.
"Ia mencemar imej Islam apabila bekas kepimpinan tertinggi dan Majlis Syura gerakan Islam utama di Malaysia yang berkelakuan sedemikian.

"Apakah fitnah dan pecah belah itu akhlak seorang pemimpin Islam?" soalnya.

Nasharuddin sebelum ini mendakwa, satu majlis kesyukuran di Sarawak tahun lalu menganjurkan doa supaya "Malaysia menjadi negara Kristian" sempena meraikan kemenangan DAP selepas pilihan raya negeri.
DAP Sarawak bagaimanpun menafikannya dan mendakwa tuduhan itu berniat jahat dan tidak bertanggungjawab.


Mupok Aku

 

Comments :

0 comments to “ Nasharuddin Menghasut Dengan Mengatakan Bahawa DAP Mahu Jadikan Malaysia Negara Kristian ”

Post a Comment

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Chitika

BlogTopsites

Politics Blogs - Blog Top Sites

MyBlogLog

Google Rank

Alexa Ranking

Technorati

BlogSearch Engine

BlogRanking

Politics Blogs - Blog Rankings