Remaung6renjer

Nuffnang

Sunday, October 7, 2012

Kerajaan Hendak Seribu Daya Tak Hendak Seribu Dalih Untuk Mendakwa Taib Mahmud Kes Rasuah

Sunday, 7th October 2012
Kuantan, Pahang

Ketua Transparency International Malaysia Paul Low Mendakwa Anak Taib Boleh Di Dakwa

Pemimpin-Pemimpin Yang Mempunyai Kekayaan Yang Tidak Munsabah Boleh Didakwa Sekiranya Akta SPRM Dipinda -Paul Low

Paul Low mengulas tentang kelemahan pada Akta Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang mempunyai beberapa kelemahan serta menyusahkan untuk mendakwa mereka yang mempunyai kekayaan yang tidak munasabah seterusnya beliau mencadangkan agar Akta berkenaan dipinda.


"Mungkin apa yang terhadap dalam Seksyen 114A Akta Keterangan patut diguna pakai juga dalam Akta SPRM, yang menyebut pihak berkuasa boleh memaksa pihak yang memiliki jumlah kekayaan tidak dapat dijelaskan menunjukkan bagaimana ia diperoleh," katanya ketika dihubungi.

Seterusnya beliau mengulas kes yang sedang berjalan di Mahkamah Tinggi Syariah melibatkan anak ketua menteri Sarawak Mahmud Abu Bekir Abdul Taib dan bekas isterinya Shahnaz Abdul Majid di mana Shahnaz menuntut mutaah RM400 juta dan aset bersama hasil daripada 19 tahun perkahwinan mereka.

Menurut Paul, di bawah undang-undang sedia ada, SPRM tidak boleh mendakwa Bekir, walaupun kekayaan yang dimilikinya tidak boleh dijelaskan serta tidak lojik. Seterusnya beliau mempersoalkan bagaimana Bekir boleh mempunyai kekayaan sampai RM800 juta?

Beliau seterusnya mengulas sekiranya Akta SPRM dipinda, SPRM boleh memanggil  Shanaz untuk  memberikan bukti di mahkamah.

Mengapa saranan Paul tidak boleh dilaksanakan? Jawapannya ringkas; Untuk melindungi semua pemimpin BN. Sekiranya Akta ini di pinda serta SPRM dipindahkan daripada diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) ke Parlimen, majoriti wakil rakyat BN akan disumbat di dalam penjara. Di antara pemimpin-pemimpin BN yang akan disumbatkan di dalam penjara adalah Taib Mahmud (serta dengan adik-beradik, ipar-biras, anak-anak serta anak buahnya ) Musa Aman, Ketua Menteri Melaka serta beberapa orang pemimpin negeri di Semenanjung pasti akan menjadi penghuni penjara. Tapi walau bagai manapun orang yang paling merasa bahangnya adalah Ketua Menteri Sarawak. Beliau serta ahli keluarganya bakal memenuhkan penjara.

Tetapi kedurjanaan pemimpin BN ini tidak dapat dihapuskan selagi rakyat masih memilih ahli politik BN di dalam pilihan raya yang akan datang. Oleh itu, saya menyeru kepada rakyat Malaysia, sekiranya rasuah mahu dihapuskan di Malaysia, TOLONG JANGAN UNDI calon daripada Parti BN pada pilihanraya yang akan datang.

Cuba Tanya Diri Kita Soalan Ini " SEKIRANYA BEKIR ITU ANAK DATUK SERI ANWAR IBRAHIM SERTA TAIB MAHMUD ITU DSAI, AGAK-AGAKNYA APA YANG AKAN DI KATAKAN OLEH KERISMUDDIN SERTA ALANTUYA?


Mupok Aku




 

Comments :

0 comments to “ Kerajaan Hendak Seribu Daya Tak Hendak Seribu Dalih Untuk Mendakwa Taib Mahmud Kes Rasuah ”

Post a Comment

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Chitika

BlogTopsites

Politics Blogs - Blog Top Sites

MyBlogLog

Google Rank

Alexa Ranking

Technorati

BlogSearch Engine

BlogRanking

Politics Blogs - Blog Rankings