Remaung6renjer

Nuffnang

Sunday, September 9, 2012

LiwatGateII - Salah Satu Cara Ajensi Kerajaan Digunakan Untuk Menidakkan Kuasa Rakyat

Sunday, 9th September 2012 
Kuantan, Pahang 

 Najib Mungkin Gunakan Ajensi Kerajaan Untuk Menidakkan DSAI Menjadi PM. Jangan salahkan Ajensi Kerajaan di dalam kes-kes terpilih kerana kuasa sebenar yang membuat keputusan "Decision Maker" adalah PM Najib. Begitu juga dengan kes di bawah ini. 

Keyakinan Rakyat Terhadap  Keadilan Ajensi Kerajaan Merudum dengan Tindakan Mereka Yang Nampak Seolah-Olah Dipengaruhi  Kuasa Di Belakang Takbir 

 PETALING JAYA: PKR menyifatkan rayuan terhadap pembebasan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat 2 yang dibuat 7 September lalu di Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur sebagi zalim dan suatu jenayah. Naib Presiden N Surendran yang juga seorang peguam berkata, rayuan ini tidak didokong secara perundangan melainkan ia merupakan suatu tindakan politik jahat yang benar-benar tulen oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak dan Umno-Barisan Nasional (BN). “Bercanggah dengan tugas untuk berlaku adil, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail meneruskan rayuan yang tidak berasas ini, semata-mata untuk berkhidmat kepada tuan-tuan politik Umno-BN tadi,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini. Menurut beliau, keseluruhan kes liwat 2 adalah rekaan ganas yang diada-adakan dan jenayah yang diatur oleh Umno-BN, dengan kerjasama kepimpinan tertinggi polis. “Hal ini telah mendapat kecaman dari seluruh dunia oleh negara-negara, pertubuhan serta tokoh-tokoh terkemuka,” terangnya. Tegas Surendran, “konspirasi jenayah ini sentiasa bertujuan untuk menamatkan perjuangan panjang Anwar untuk Reformasi dan menghalang Pakatan Rakyat daripada mengambil alih kuasa kerajaan persekutuan. “Usaha tidak henti-henti kes liwat 2 terhadap Anwar mendedahkan sifat Najib yang tidak bertanggungjawab, tidak berakhlak dan zalim. “Meskipun berpura-pura melibatkan diri dalam politik demokratik, Najib bukannya terlibat dalam perdebatan politik bertamadun. Bahkan, Najib tanpa malu meneruskan tradisi jenayah Umno-BN yang menganiaya dan memenjara lawan politik. “Walaupun berpura-pura menjuarai pendemokrasian, Najib terus mempengaruhi dan memesongkan proses undang-undang dalam usaha untuk memenjarakan ketua pembangkang parlimen itu. Menurut beliau, dengan berbuat demikian, Najib menuruti jejak langkah sejarah pemerintah zalim seperti Stalin dan Mubarak, yang turut menggunakan sistem perundangan negara untuk memusnahkan lawan-lawan politik mereka. “Kami menyeru Najib, Umno-BN dan Peguam Negara untuk menarik balik rayuan liwat 2 dengan serta-merta serta menghentikan kelakuan jenayah dalam memanipulasikan sistem perundangan terhadap pembangkang untuk selama-lamanya,” tegas   Surendran.

Begitu juga jangan salahkan PDRM sekiranya melakukan tindakan yang nampak tidak adil seperti kes menggari warganegara yang memijak gambar orang yang mereka tidak suka (PM Najib dan Rosmah) serta tidak menggari Tun Liong Sik yang disyaki melakukan kes yang  lebih berat kerana mereka dipengaruhi PM Najib.

Mupok Aku




 

Comments :

0 comments to “ LiwatGateII - Salah Satu Cara Ajensi Kerajaan Digunakan Untuk Menidakkan Kuasa Rakyat ”

Post a Comment

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Chitika

BlogTopsites

Politics Blogs - Blog Top Sites

MyBlogLog

Google Rank

Alexa Ranking

Technorati

BlogSearch Engine

BlogRanking

Politics Blogs - Blog Rankings