Remaung6renjer

Nuffnang

Tuesday, August 21, 2012

Rahsia Talam Dua Muka Pemuda UMNO Terbongkar

Selasa, 21 Ogos 2012
Kuantan, Pahang


Apabila Perdana Menteri (PM) Malaysia iaitu Dato' Seri Najib Tun Razak memperkenalkan sloga "1Malaysia, Rakyat didahulukan Pencapaian Diutamakan" buat pertama kalinya, semua rakyat Malaysia malahan penduduk dunia yang mengikut perkembangan politik Malaysia sudah dapat mengagak ataupun  mengetahui bahawa ianya adalah untuk tujuan politik semata-mata, iaitu bertujuan  untuk menarik atau mengabui mata rakyat Malaysia daripada kalangan bukan Melayu. Ini kerana daripada analisis yang dibuat terhadap keputusan PRU12 telah menunjukkan bahawa kekalahan atau kekurangan sokongan terhadap BN adalah disebabkan oleh kemerosotan sokongan/undi oleh bukan Melayu.

Tetapi rakyat bukannya tiada mata atau telinga untuk memperhatikan tindak tanduk UMNO serta pertubuhan-pertubuhan atau individu yang pro-UMNO seperti PERKASA. Rakyat telah mengetahui bahawa UMNO akan mengamalkan "Talam Dua Muka" apabila berkempen di kawasan-kawasan kubu kuat UMNO ataupun di mana majoriti penduduknya adalah Melayu, di mana UMNO selalu memperkatakan tentang perjuangan UMNO di dalam membantu kaum Melayu serta Islam. Mereka akan cuba untuk mengapi-apikan isu yang seolah-olah bahawa kaum Melayu serta agama Islam akan terancam sekiranya Pakatan Rakyat (PR) berjaya memerintah Malaysia.Tetapi apabila mereka berkempen di kawasan yang mana majoriti penduduknya adalah terdiri daripada bukan Melayu, mereka akan menggunakan slogan 1Malaysia sebagai senjata dengan tujuan untuk menarik sokongan kaum bukan Melayu. Mereka akan mempotretkan bahawa setiap kaum akan dijaga kepentingan di bawah pemerintahan BN. Perkara ini amat ketara apabila PM ataupun DPM melakukan lawatan ke Sarawak di mana slogan 1Malaysia selalu dicanangkan. Penduduk-penduduk terutamanya yang berasal daripada kawasan luar bandar yang kurang di dedahkan dengan media-massa bebas (pro-kerajaan dan pembangkang)  sangat mudah terpengaruh dengan tipu muslihat UMNO khasnya dan BN amnya.

Walau Apapun Alasan yang diberikan oleh Pemuda UMNO tetapi majoriti rakyat Malaysia beranggapan bahawa  posting tersebut adalah daripada badan itu sendiri ataupun dibuat oleh ahlinya sendiri

Tetapi seperti kata pepatah Melayu  "Sepandai-pandai tupai melompat tetapi akhirnya akan jatuh ke tanah jua"' serta Tuhan itu maha kuasa akhirnya muslihat serta penipuan UMNO selama ini telah terbongkar. Pada hujung minggu yang lepas, akaun Facebook milik Pemuda UMNO telah memaparkan satu poster yang berbau serta bertujuan untuk menakut-nakutkan kaum Melayu dengan memberi mesej bahawa Negara Malaysia akan menjadi sebuah negara Kristian sekiranya Pakatan Rakyat memerintah Malaysia. Walaupun perkara ini telah dinafikan oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia sendiri, serta Laporan Polis telah dibuat, tetapi majoriti rakyat Malaysia menganggap bahawa kenyataan Khairy serta laporan polis yang dibuat hanyalah penafian semata-mata. Perkara ini disokong oleh perbuatan UMNO yang memang suka meniupkan perasaan takut kepada orang Melayu agar tidak menyokong parti-parti di dalam PR.

Tetapi sekiranya benarlah posting berkenaan telah dibuat oleh pemuda UMNO, kaum Melayu bukanlah kaum yang tidak cerdik untuk menilai samada posting berkenaan boleh menjadi kenyataan ataupun tidak sekiranya PR memerintah Malaysia. Ini adalah atas alasan bahawa status quo agama Islam sebagai Agama Rasmi Malaysia tidak akan terjejas sekiranya PR memerintah Malaysia,  ini kerana perkara tersebut telah dinyatakan dengan jelas di dalam Perlembagaan Malaysia. Di samping itu, kaum Melayu telah mengetahui bahawa majoriti keanggotaan PR adalah daripada kaum Melayu yang beragama Islma yang diwakili oleh Parti-parti PAS dan PKR

Oleh yang demikian kepada penduduk Malaysia yang bukan Melayu, alihkan sokongan anda daripada BN kepada PR ini kerana BN merupakan sebuah pakatan yang bermuka-muka. Isu-isu yang ditimbulkan setiasa berubah-ubah di antara kawasan-kawasan yang majoriti Melayu serta kawasan  yang  majoriti bukan Melayu.
Sekiranya BN masih dibenarkan untuk memerintah Malaysia,  negara ini akan menuju bencana. Ini  disebabkan BN sentiasa menimbulkan  perasaan curiga di kalangan kaum yang  berbilang kaum. Untuk PRU 13 yang bakal  menjelang, demi untuk menjadikan negara ini sebagai sebuah negara yang aman serta kehidupan harmoni di kalangan penduduk Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, adalah menjadi tanggungjawab setiap orang daripada kita tidak mengira bangsa atau agama  untuk mempastikan agar BN DITUMBANGKAN daripada tampuk pemerintahan negara. Perkara ini hanya dapat direalisasikan dengan memberikan SOKONGAN/UNDI anda kepada PAKATAN RAKYAT (PR)

Mupok Aku



 

Comments :

0 comments to “ Rahsia Talam Dua Muka Pemuda UMNO Terbongkar ”

Post a Comment

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Chitika

BlogTopsites

Politics Blogs - Blog Top Sites

MyBlogLog

Google Rank

Alexa Ranking

Technorati

BlogSearch Engine

BlogRanking

Politics Blogs - Blog Rankings