Remaung6renjer

Nuffnang

Sunday, December 4, 2011

Tidak Yakin Dengan Ketelusan PDRM dan SPRM Kerajaan Selangor akan Gunakan Penyiasat Luar Untuk Menyiasat Sharizat Jalil

Kuching
Sunday, 4th December 2011

Adakah wajar rancangan Ketua Menteri Selangor Tan Sri Khalid untuk mengupah penyiasat luar bagi menyiasat Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan keluarga? Tindakan ini berikutan daripada penyataan PDRM yang mengatakan bahawa tidak ada kes salah laku di dalam projek ternakan lembu yang dikelolakan oleh Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC)yang menelan belanja RM 250 juta. Kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang mengatakan tiada unsur pecah amanah atau penyelewengan merupakan sesuatu yang bertentangan dengan persepsi majoriti rakyat Malaysia. Untuk mengetahui samada projek ini ada melibatkan pecah amanah atau penyelewengan, mari kita buat ujian berikut :-
Sekiranya keluarga Sharizat tiada kaitan dengan UMNO atau penyokong Pakatan Rakyat atau neural dari segi politik, adakah kerajaan akan memberikan RM 250 juta kepada keluarga Sharizat yang kosong pengalaman di dalam bidang ternakan lembu?"...Sekiranya tidak, maka adalah wajar Tan Sri Khalid menggunakan khidmat penyiasat luar.

Seperti yang dilaporkan oleh Free Malaysia Today, Tan Sri Khalid (atas) memaklumkan bahawa Kerajaan negeri Selangor sedia memperuntukkan dana bagi tujuan membiayai kos penyiasatan oleh pakar luar negara berhubung skandal projek ternakan lembu yang dikelolakan oleh Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).

Katanya, kaedah menggunakan penyiasat dari luar negara merupakan pendekatan yang sering diguna-pakai oleh kebanyakan negara maju bagi menyelesaikan jenayah kolar putih atau jenayah bersifat korporat.
Saya serahkan kepada pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli dan setiausaha PKR, Saifuddin Nasution. Mereka akan membuat pembentangan kepada pihak polis dan MACC supaya menunjukkan pekara yang perlu diperhatikan oleh pihak polis.“Ini adalah perkara baru di Malaysia tetapi perkara ini sangat dijaga di Britain dan Australia,” katanya dipetik oleh TV Selangor.
PKR sebelum ini mendakwa sejumlah RM250 juta dana awam diberikan kepada syarikat berkenaan yang dikaitkan dengan suami Menteri Pembangunan, Wanita dan Keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Bagaimanapun wang itu didakwa telah disalahguna sehingga projek tersebut dikatakan dalam ‘kucar-kacir’ seperti dirumuskan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010.


PKR kemudiannya mendedahkan wang tersebut digunakan oleh NFC bagi membeli dua buah unit kondominium mewah di Bangsar bernilai RM13.8 juta. Selain itu, PKR turut mendakwa sejumlah RM5 juta pula dibelanja untuk membeli kereta Mercedes Benz dan tanah di Putrajaya serta RM588,585 disalurkan kepada syarikat-syarikat milik keluarga menteri itu.
Selain PKR, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) juga berpendapat siasatan awal mendapati beberapa kelemahan yang berlaku pada awal perancangan dan juga perlaksanaan.


Bagaimanapun, Khamis lalu Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar (atas) berkata tiada unsur pecah amanah atau penyelewengan dalam isu dana NFC dan pembelian kondominium mewah berkenaan.

Isu projek lembu juga mencuri tumpuan pada perhimpunan agung Umno 2011 dengan sebahagian besar perwakilan menuntut penjelasan lanjut daripada ketua wanita Umno itu.

Kita berharap, sekiranya betullah tiada tiada unsur pecah amanah atau penyelewengan dalam isu dana NFC dan pembelian kondominium mewah, kerajaan pusat seharusnya menyokong tindakan kerajaan Selangor untuk mengupah penyiasat luar. Walaupun Bukittunggal tiada data yang sah/resmi tetapi daripada komen yang diperolehi daripada blog-blog di Malaysia rata-rata daripada mereka percaya bahawa berlaku unsur pecah amanah atau penyelewengan dalam isu dana NFC dan pembelian kondominium mewah.
Saya percaya, untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap ketelusan serta bebas rasuah kerajaan pimpinan beliau, saya percaya beliau akan menyokong tindakan Tan Sri Khalid untuk mengupah penyiasat luar.
  

Comments :

0 comments to “ Tidak Yakin Dengan Ketelusan PDRM dan SPRM Kerajaan Selangor akan Gunakan Penyiasat Luar Untuk Menyiasat Sharizat Jalil ”

Post a Comment

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Chitika

BlogTopsites

Politics Blogs - Blog Top Sites

MyBlogLog

Google Rank

Alexa Ranking

Technorati

BlogSearch Engine

BlogRanking

Politics Blogs - Blog Rankings