Remaung6renjer

Nuffnang

Tuesday, October 18, 2011

Wanita Pertama Malaysia Dengan Koleksi Beg Tangannya

Kuching
Tuesday, 18th Oct 2011

Alangkah bagusnya kalau wang sebanyak ini diguna untuk projek yang beri kebaikan kepada Wanita Malaysia?

Walaupun kebanyakan wanita Malaysia hidup di dalam kesusahan tetapi isteri Perdana Menteri Malaysia yang Ke-enam ini dan merupakan isteri perdana menteri yang pertama kali menggunakan gelaran Wanita Pertama iaitu gelaran yang hanya digunakan oleh pemimpin tertinggi sesebuah negara di dalam kontek Malaysia adalah gelaran yang hanya boleh digunakan oleh Permaisuri Agong, masih mampu untuk menggunakan beg tangan yang bernilai berpuluh-puluh ribu ringgait.

Berbalik kepada kemewahan Rosmmah, iaitu betapa bergemerlapan kilauan intan berlian cincin "Perempuan Pertama" yang bernilai RM24.4 juta hingga cerita mengenainya begitu sukar hendak dimalapkan. Kini heboh pula mengenai koleksi beg tangan berjenama termasuk beberapa koleksi 'one of its kind in the world' yang menjadi milik isteri Najib, Rosmah Mansor.

Kemewahan Rosmah berbelanja, pastinya dicemburui oleh Wanita Pertama Amerika Syarikat, Michelle Obama yang menadi isteri manusia paling berkuasa di atas muka bumi.

Antara jenama yang paling digemari Rosmah ialah daripada koleksi Birkin yang boleh mencecah hingga harga USD120,000 (kira-kira RM360,00). Malah ada beberapa daripada koleksi beliau merupakan 'hanya satu-satunya' yang terdapat di dunia!

Alahai, makcik-makcik di Felda, hangpa dapat apa dengan bermati-matian suami-isteri memberikan sokongan kepada parti Rosmah suami/isteri untuk terus kekal berkuasa.


Hermes Matte Crocodile Birkin Bag: $US120,000 (gambar atas)

Dinamakan sempena nama seorang penyanyi dan penulis lirik Peranchis Jane Birkin, beg tangan yang ditunjukkan di sini, hanya dijual di rumah lelongan Doyle, di New York. Penutup beg selebar 30 sentimeter dihiasai 10 karat berlian putih manakala keseluruhan beg diperbuat dengan kulit buaya. Dan inilah satu-satunya beg yang terdapat di pasaran di seluruh dunia!

Dan kita tengoklah sendiri pelbagai beg tangan yang sentiasa berbeza ketika Rosmah menghadiri pelbagai majlis dan resepsi...















Rosmah menggayakan beg tangan Hermes Birkin Elephant Matte Crocodile yang ketika mula ditawarkan pada harga USD98,500 dan akhirnya mencecah lebih USD120K! Bergaya beb...



Kita perlu belajar bagaimana Rosmah mampu menabung sejak kecil untuk membeli cincin berlian RM24.4 juta dan pelbagai beg tangan yang jika dukumpul, mungkin mencecah jutaan Ringgit. Bijak Rosmah menabung...

Kepada wanita-wanita kaum dayak terutamanya Empianh Jabu, sementara kita bergulamang dengan kotoran tanah paya untuk menyara keluarga kita, "Perempuan Pertama" ini masih mampu membelanjakan berpuluh-puluh ribu ringgit untuk membeli beg. Kalaulah wang sebanyak itu digunakan untuk projek pembangunan untuk wanita-wanita miskin di rumah panjang alangkah bagusnya ramailah yang akan dapat mengubah cara hidup...Buah uchong enggau buag kandis, Rosmah untung tang kitai Iban pedih.....Tang maia ngundi agi mangkah dacin.... 


Comments :

0 comments to “ Wanita Pertama Malaysia Dengan Koleksi Beg Tangannya ”

Post a Comment

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Chitika

BlogTopsites

Politics Blogs - Blog Top Sites

MyBlogLog

Google Rank

Alexa Ranking

Technorati

BlogSearch Engine

BlogRanking

Politics Blogs - Blog Rankings