Remaung6renjer

Nuffnang

Thursday, October 27, 2011

Tidak Hairan Dengan Kehadiran Rahim Serta Perlantikan Zulkifli Nordin Sebagaii Naib Presiden PERKASA

Kuching
Thursday, 27th October 2011

Apa yang nak dihairankan dengan dua orang Cilaka ini di dalam PERKASA....Sekejap lagi akan jadi perkasaM!

Apa nak hairan dengan kehadiran Rahim Noor di dalam perhimpunan PERKASA serta perlantikan Zulkifli Nordin sebagai Timbalan Presiden PERKASA sebab selain atas sebab-sebab di bawah kedua-dua orang cilaka ini juga mempunyai persamaan sebagai pemimpin SAMPAH iaitu pemimpin yang kena tendang. Rahim kena "pecat" dari jawatan KPN manakala Zulkifli Nordin kena campak dari PKR.....

Apabila mengetahui melalui portal tempatan berkenaan dengan kehadiran Rahim Noor di dalam perhimpunan PERKASA seterusnya dikurniakan dengan Pahlawan Pribumi pertubuhan perkauman berkenaan serta dengan perlantikan Zulkifli Nordin sebagai Timbalan Presiden PERKASA saya tergelak bagaikan rasa nak tercabut isi perut. Manakan tidaknya kedua-dua orang yang disebut-sebut dapat menaikkan nama PERKASA berkenaan masing-masing mempunyai keburukan.

Rahim Noor yang merupakan Ketua Polis Negara yang kelima dan berkhidmat dari 16 Januari 1994 tetapi meletakkan jawatannya pada 7 Januari 1999 terlibat dengan kes menumbuk Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam keadaan matanya tertutup pada 20 September 1998 ketika berada dalam tahanan polis di lokap polis Bukit Aman. Atas kesalahan ini beliau telah dipenjarakan dua bulan pada 15 Disember 2000.

Semenjak dari itu nama beliau telah lenyap dan tidak kedengaran sehinggalah disebut di dalam perhimpunan PERKASA. Pada tanggapan saya ada banyak sebab kenapa bekas KPN ini menyertai PERKASA tetapi hanya dua sebab ini yang paling ketara. Yang pertama untuk membersihkan nama beliau yang telah tercemar serta membusuk setelah dipenjarakan atau dengan perkataan lain sebagai publisiti murahan. Yang kedua, nak membalas dendam terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah menyebabkan beliau dipenjara serta kehilangan jawatan KPN.

Manakala dua (2) sebab yang paling nyata kenapa Zulkifli Nordin menyertai PERKASA adalah yang pertama kerana beliau memang mempunyai sikap ektremis yang membenci kaum lain serta kepercayaannya bahawa di Malaysia hanya agama Islam sahaja yang harus dibenarkan serta mesti dominan.Ini dapat dibuktikan atas tindak-tanduknya semasa beliau masih di dalam PKR. Sebab yang ke-2 pula adalah sikap balas dendam beliau terhadap DSAI. Semasa di dalam PKR beliau telah hidup atas belas kasihan DSAI tetapi setelah DSAI tidak bersetuju dengan sikap ektremisnya seterusnya dipecat dari PKR, maka bermula dari tarikh berkenaan beliau mempunyai persaan benci yang amat sangat terhadap beliau. Perkara ini dapat dibuktikan dengan kekerapan beliau muncul di dalam TV3 untuk menghentam DSAI.

Kesimpulannya, kehadiran Rahim Noor serta perlantikan Zulkifli Nordin di dalam PERKASA tidak akan memberikan impak yang kuat terhadap keberkesanan PERKASA di dalam menyatukan orang Melayu ini kerana kedua-dua Cilaka ini mempunyai sebab yang sama iaitu masuk PERKASA atas faktor bencikan DSAI. Disamping itu, faktor yang paling penting kenapa PERKASA tidak akan berjaya untuk mempengaruhi pengundi Melayu untuk mengundi BN adalah kerana kebanyakan kaum Melayu lebih sukakan keamanan serta bencikan sikap perkauman seperti yang diamalkan PERKASA. Majoriti kaum Melayu juga percaya bahawa orang yang menyertai PERKASA adalah terdiri daripada mereka yang tidak mempunyai tempat baik di dalam UMNO, PAS ataupun PKR. Rahim Noor serta Zulkifli Nordin adalah contoh orang Melayu ektremis yang bakal terkubur pengaruh serta tapak politik selepas Pilihanraya Umum yang akan datang!

Mupok Aku

Comments :

0 comments to “ Tidak Hairan Dengan Kehadiran Rahim Serta Perlantikan Zulkifli Nordin Sebagaii Naib Presiden PERKASA ”

Post a Comment

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Chitika

BlogTopsites

Politics Blogs - Blog Top Sites

MyBlogLog

Google Rank

Alexa Ranking

Technorati

BlogSearch Engine

BlogRanking

Politics Blogs - Blog Rankings