Remaung6renjer

Nuffnang

Thursday, October 13, 2011

Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah

Kuching
Wednesday, 12th Oktober 2011

Pada hari  Isnin, 10 Okt 2011, Sultan Selangor telah mengeluarkan kenyataan resmi bahawa tindakan Majlis Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu majlis ‘Thanksgiving Dinner’ yang diadakan di Dewan 3, Kompleks Dream Centre, Seksyen 13, Petaling Jaya pada 3 Ogos 2011 yang lalu walaupun tidak mempunyai bukti yang kukuh untuk mendakwa mereka yang bertanggungjawab di dalam memurtadkan orang Islam, adalah merupakan tindakan yang wajar.

Sultan yang bijaksana akan melakukan perbuatan yang adil dan saksama...

Sebagai rakyat Sarawak yang mana majoriti penduduknya adalah beragama Kristian dan bukannya Islam, saya merasa bersyukur kerana apa yang berlaku di Selangor di mana majlis Agama Islam negeri bebas untuk melakukan serbuan ke atas mana-mana tempat yang disyaki berlakunya pemurtadan orang Islam wlaupun tidak mempunyai bukti yang kukuh. Saya juga bersyukur kerana di Sarawak keharmonian di antara penduduknya yang berbilang kaum dan agama dapat dikekalkan.

Berbalik kepada kontoversi yang melibatkan JAIS dengan Damansara Utama Methodist Church (DUMC) serta kenyataan Sultan Selangor, kenyataan Tuanku Sultan Selangor telah mendapat ulasan beberapa pihak. Di antara mereka yang mempertikaikan tindakan Sultan Selangor adalah Profesor Aziz Bari. Pakar perlembagaan tersebut berkata tindakan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk campurtangan berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja Methodist di Damansara Utama pada 3 Ogos lalu, bukan sesuatu tindakan yang lazim.

Profesor yang mempunyai kepakaran serta pengalaman yang berkaitan dengan perlembagaan. Apakah motif  Utusan Malaysia menggelar beliau sebagai derhaka kepada Sultan Selangor. Hanya UMNO yang mempunyai jawabannya.

Beliau berpendapat, sebagai ketua agama Islam di negeri itu, baginda mempunyai hak untuk campurtangan tetapi ini perlu dijalankan selaras dengan ajaran Islam.

“Seseorang akan berfikir sama ada dengan meletakkan umat Kristian dalam kedudukan itu - sesuatu yang tidak dapat dielakkan berikutan serbuan ke atas DUMC - adalah benar-benar mengikut ajaran Islam.

“Lebih-lebih lagi, campurtangan istana dalam perlembagaan negara amat jarang sekali. Apa yang berlaku di Selangor hari ini bukan sesuatu yang lazim.

"Sebelum ini, pernah terjadi kejadian yang lebih teruk seperti bekas menteri besarnya merobohkan surau tertentu di Selangor. Tetapi pihak istana tidak campurtangan,” katanyanya seperti dipetik oleh portal tempatan Malaysiakini.

Sehubungan itu, menurut Aziz yang telah menghasilkan tesis, buku dan artikel mengenai peranan monarki dalam Islam dan demokrasi, beliau sependapat dengan biskop Katolik Paul Tan Chee bahawa jika tiada bukti, maka kes berkenaan perlu ditutup.

Akhbar ini sepatutnya telah lama diharamkan!

Pendapat beliau telah dikritik dengan teruknya oleh akhbar Utusan Malaysia, iaitu akhbar milik UMNO. Malahan akhbar berkenaan telah melabel beliau sebagai derhaka kepada Sultan. Sebagai seorang rakyat Malaysia, saya bersetuju dengan Profesaor Aziz Bari terutamanya titah Sultan Selangor seakan-akan kenyataan yang berat sebelah.

Saya berpendapat bahawa penduduk negeri Selangor yang bukan beragama Islam semuanya taat kepada Sultan Selangor. Tetapi titah beliau bernada seolah-olah rakyat Selangor yang bukan beragama Islam tidak bersultankan baginda. Kalaulah JAIS tidak mempunyai bukti yang kukuh, maknanya JAIS telah membuat kesilapan. Kakitangan JAISpun manusia biasa juga, dan tidak lari daripada melakukan kesilapan. Oleh kerana kesilapan telah berlaku dan telah menyebabkan beberapa pihak tersinggung, apa salahnya JAIS memohon maaf? Selaku penaung JAIS, saya rasa tidak menjadi kesalahan apabila beliau memohon kemaafan daripada rakyat beliau yang beragama Kristian terutamanya mereka yang hadir pada malam serbuan dibuat.

Bak kata pepatah Melayu " Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah" mempunyai makna yang amat mendalam. Andaikata penganut Kristian di negeri Selangor merasakan bahawa mereka tidak dilayan secara saksama oleh tuanku Sultan, apakah agaknya perasaan mereka terhadap tuanku Sultan Selangor?
Walaupun mereka tidak memberontak terhadap tuanku Sultan ataupun menderhaka terhadap baginda tetapi sekiranya mereka tidak dilayan dengan adil sudah semestinya mereka merasa terpinggir.
Cuba renungkan petikan daripada titah baginda pada hari Isnin yang lepas. Apakah agaknya perasaan anak jati negeri Selangor terutamanya ahli-ahli DUMC apabila terbaca titah Tuanku Sultan Selangor :-

1) Merujuk kepada siasatan pihak JAIS, terdapat keterangan bahawa ada cubaan untuk memesongkan kepercayaan dan aqidah umat Islam. Tetapi keterangan yang diperolehi tidak mencukupi untuk tindakan undang-undang diambil.
2) Oleh itu setelah meneliti dengan secara mendalam laporan oleh pihak JAIS dan setelah mendapat nasihat dari pakar-pakar agama dan undang-undang, Beta bersetuju tiada pendakwaan terhadap mana-mana pihak.
3) Sesungguhnya Beta selaku Ketua Agama Islam Negeri Selangor ini amat mengambil berat dan berasa amat tersinggung dengan usaha-usaha pihak tertentu yang cuba untuk melemahkan kepercayaan dan aqidah orang Islam dalam Negeri Selangor ini.
4) Beta menitahkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan JAIS supaya sentiasa mengadakan pemantauan rapi dan mengambil tindakan sewajarnya tanpa perlu teragak-agak lagi selaras dengan bidang kuasa yang diperuntukkan di bawah undang-undang.
5)Beta juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah mengambil berat berkaitan isu ini dan yang telah memberikan kerjasama dan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada JAIS.

Bagi non-Muslim di Selangor terutamanya penganut Kristian , ini bukan merupakan pertama kali pencerobohan dilakukan oleh orang-orang Islam ke atas aktiviti keagamaan mereka . Pada bulan April 2009 dua orang pemberita Majallah Al-Islam telah dilaporkan  menceroboh ke dalam gereja dan menghina “Holy Communion” sesuatu yang teramat suci kepada penganut Kristian dengan menyambut dan meludahkannya balik. Artikel tentang peristiwa tersebut telah saya tulis dan siarkan di Bukittunggal.Com. Walaupun peristiwa tersebut telah menarik perhatian pelusuk dunia, tetapi sampai sekarang belum ada sebarang tindakan telah diambil. Saya ingin menarik perhatian semua pembaca http://www.bukittunggal.com/, andaikata peristiwa tersebut dilakukan  oleh orang Kristan terhadap ritual agama Islam apakah agaknya yang akan berlaku?

Kitapun tertanya-tanya apakah pula tindakan Tuanku Sultan Selangor terhadap perbuatan penganut Islam yang melampau ini. Tetapi dengan kebijaksanaan Tuanku Sultan saya mempunyai keyakinan bahawa baginda telah menasihatkan penganut Islam agar  menghormati ritual atau kepercayaan penganut agama lain. Sekiranya ini benar maka tindakan JAIS menyerbu majlis yang dianjurkan oleh DUMC  merupakan perbuatan engkar perintah Raja?

Untuk mengakhiri tulisan saya pada kali ini, saya ingin menasihati penganut Kristian di Selangor agar bersabar serta tidak membuat perkara-perkara yang boleh menggugat kesejahteraan serta keamanan rakyat jelata di negeri Selangor. Di samping itu saya juga berharap agar saudara semua bersatu demi kesejahteraan penganut Kristian di Selangor.

Mupok Aku


Comments :

4 comments to “ Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah ”
Anonymous said...
on  
P

Malaysia adalah sebuah negara demokrasi dan bukan feudal. Rakyat negara ini bebas untuk bersuara dan juga mestilah bersedia untuk dikritik. Sultan Selangor sekiranya tak mahu dikritik, jangan bersuara.
Saya juga melihat di kebelakangan ini UMNO telah cuba melagakan Sultan dengan kerajaan pakatan rakyat dengan mencipta kontroversi yang melibatkan JAIS.
JAIS ni apa sebenarnya, hampir-hampir tiap hari mencipta kontroversi....apa ni?

Anonymous said...
on  
P

DATUK YIP Kum FOOK, MCA PENGERUSI GOMBAK menghina dan ANTI Sami-Sami Buddha.

Dengan berhormati penganut ke dalam Dhamma,

Saya ikhlas hendaklah menggunakan bahasa secara terbuka pengalaman pahit yang sebenarnya telah berlaku di PERSATUAN PENGANUT BUDDHA SAMNAK SAMBODHI NO: 19-21 JALAN 38 TAMAN DESA JAYA KEPONG 52100 KUALA LUMPUR, MALAYSIA.

Saya tidak berpuas hati dengan Pengerusi MCA Bahagian Gombak (Yip Kum Fook) dan Pengerusi PERSATUAN PENGANUT BUDDHA SAMNAK SAMBODHI (Yip Kum Fook) kerana dia menggunakan cara yang ganas dan sombong dalam membawa masuk sekumpulan individu dari tempat-tempat lain untuk memprovokasi dan memijak sucidarat dan tanpa apa-apa sebab bunyi yang dipanggil polis untuk menahan Sami apabila bertentangan untuk mengaibkan penyembah Buddhisme.

Saya amat ingin bertanya di sini bahawa apa dosa besar dan jenayah telah dia telah melakukan setakat anda peguam Datuk Yip Kum Fook dengan cara atau oleh penjahat yang dipanggil polis untuk menahan seorang rahib yang seperti dia?

Saya datang dari Pulau Pinang, saya adalah pendatang baru dan saya sementara meletakkan di PERSATUAN PENGANUT BUDDHA SAMNAK SAMBODHI untuk mengkaji dan belajar untuk mempraktikkan Buddhisme. Ketika di kuil tersebut, saya tidak tahan dengan cara yang peguam Datuk Yip Kum Fook berkelakuan, sikap anda tidak sopan, sombong dan tidak terkalahkan dalam merawat ketua Sami di Kuil.

Kerana saya berkata beberapa perkataan mengenai kelakuan anda kepada anda peguam Datuk Yip Kum Fook, anda menggunakan cara-cara kotor untuk menyakiti Sami. Ia adalah sesuatu yang tidak boleh diterima dan membuang satu contoh yang sangat buruk.

Untuk pengetua sebuah sekolah, jika pelajar itu dan telah melakukan suatu kesalahan, pihak polis mestilah sebagai perkara ihsan bertemu dengan pengetua, cuba untuk memahami situasi sebenar, sebelum polis mengambil sebarang tindakan. Ini adalah amalan biasa.

Tetapi ia memohon maaf untuk mengatakan, bahawa peguam Datuk Yip Kum Fook yang dirinya adalah seorang peguam memilih untuk mempunyai dilakukan. Jika tidak, dia tidak bertindak selaras dengan ajaran Agama Buddha dan memandang rendah kepada semangat Buddhisme untuk satu tujuan, menunjukkan bahawa dia adalah pengerusi yang kuat Bahagian MCA Gombak dan pengerusi PERSATUAN PENGANUT BUDDHA SAMNAK SAMBODHI. Beliau menuntut pihak polis untuk menahan Sami Buddha untuk merealisasikan motif beliau

Ia amat bertuah yang disebabkan oleh hakikat bahawa agama itu sendiri adalah satu perkara yang sensitif, malah anggota polis Melayu difahami dan dihormati agama, budaya dan adat resam kaum lain, jadi mereka tidak terburu-buru mengambil apa-apa tindakan. Jika tidak, akibatnya akan menjadi bencana.

Anonymous said...
on  
P

Saya faham mengapa peguam Datuk Yip Kum Fook amat marah dan juga turut bertambah. Sebab utama adalah seperti berikut. Ketua Sami PERSATUAN PENGANUT BUDDHA SAMNAK SAMBODHI. Beliau telah Ketua Sami selama 20 tahun. Beliau adalah arkitek dan memainkan penting dalam meningkatkan dana awam untuk membina Kuil Buddha.

Ketua Sami itu cemas untuk mengetahui bahawa seseorang yang baru seperti dia peguam Datuk Yip Kum Fook; pengerusi MCA Bahagian Gombak tidak berjalan di bercakap. Bercakap beliau yang indah dihiasi dengan kemanusiaan, menurut dan moral.

Tetapi dalam amalan, beliau sentiasa dipinggirkan dan ditolak keluar orang-orang yang melihat mata ke mata dengan dia. Jawatankuasa Kuil sebaliknya membuat kebanyakannya saudaranya. Selain itu, dana Kuil Buddha tidak diuruskan secara telus. Akhirnya, motif sebenar beliau ialah untuk menghidupkan tanah yang tulen dan suci menjadi batu loncatan politik dan alasan politik dan dari tempat ibadat menjadi harta peribadi.

Ketua Sami amat menyedari apa yang telah diambil diletakkan, tetapi untuk mencari memelihara kesejahteraan keseluruhan kuil, dia memberinya nasihat Yip Kum Fook peguam berniat baik. Tetapi nasihat sedemikian telah tidak diterima dengan baik, ia dibuat peguam Datuk Yip Kum Fook tidak berpuas hati, resah dan berlari liar. Bukannya mengendahkan nasihat itu, dia menggunakan setiap peluang untuk mencipta masalah dan untuk menganiaya Ketua Sami dan Sami-Sami supaya mereka tidak lagi boleh tinggal dan meninggalkan kuil Buddha.

peguam Datuk Yip Kum Fook dan pengerusi Bahagian Gombak MCA yang penjahat, reka bentuk adalah jelas dan yang gaya adalah hipokrit dikenali oleh semua orang … kata-kata manis anda boleh menipu dan mengelirukan beberapa orang beberapa masa, tetapi anda tidak boleh lakukan ia pada setiap masa. Nasib karma atau takdir agama Buddha pasti akan menimpa.

Sebagai perkataan terakhir saya, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memberkati dia, boleh peguam Datuk Yip Kum Fook bangun dengan realiti, bertaubat sebelum terlambat. Melakukan apa yang baik, menumpahkan jahat.

Anda Dhamma,

Ven. Piya Phra Dhammo.
Pulau Pinang, Malaysia.

Kita menterjemahkan Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia (sebab!) kerana kita mahu memberi semua orang tahu dan memahami terperinci maklumat mengenai, juga untuk memberi orang ramai mengetahui perkara ini (SEJARAH), ini bukan untuk menyerang individu DATUK YIP Kum FOOK, sila klik di sini untuk melihat: – http://margeemar.blogspot.com/2012/02/blog-post.html?commentPage=3

Anonymous said...
on  
P

Kepada Yip Kum Fook (MCA GOMBAK)
Menbaca berita dari Media dan berpendapat berita dari orang ramai Taman Desa Jaya, Kepong berkenaan kelakuan yang benar-benar “U” (Yip Kum Fook) tipu perempuan dan merosakan keluarga orang lain dan memakan wang Tokong, bermalu-malukan parti MCA Malaysia, masyarakat Cina dan penganut Agama Buddha…….

Kami harap “U” menujukan satu contohan yang baik, letakan jawatan Ketua MCA Gombak dan pengerusi SAMNAK SAMBODHI dan lain-lain jawatan dengan segara.

Post a Comment

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Chitika

BlogTopsites

Politics Blogs - Blog Top Sites

MyBlogLog

Google Rank

Alexa Ranking

Technorati

BlogSearch Engine

BlogRanking

Politics Blogs - Blog Rankings