Remaung6renjer

Nuffnang

Wednesday, September 7, 2011

Video Seks Puteri UMNO

Kuching
Wednesday, 7th September 2011

Puteri UMNO terlibat dengan Video Seks?

Sekilas pandang saya ingat laporan Utusan Malaysia berkenaan video seks di atas adalah melibatkan puteri UMNO. Tetapi apabila difikirkan lebih lanjut tidak mungkin Utusan Malaysia sanggup untuk  menyiarkan berita yang akan membuka pekung pemiliknya. Almaklumlah akhbar yang lebih layak untuk dijadikan pembungkus nasi lemak ini tidak mempunyai "telur" untuk melaporkan benda sensasi yang bakal mengaibkan tuannya walaupun mengetahui bahawa berita tersebut adalah 100 peratus kebenarannya.
Tidak keterlaluan kalau saya katakan bahawa akhbar nilai sekupang ini hanya berani melaporkan berita-berita sensasi yang bakal memalukan pencabar tuannya walaupun mengetahui bahawa berita berkenaan adalah tidak sahih semata-mata.
Cuba imbas kembali tentang isi berita yang kerap disiarkan oleh akhbar ini semenjak Mat Sabu menyebut di dalam ceramahnya berkenaan dengan peristiwa Bukit Kepong walaupun beliau tidak pernah menyebut dan memuja Parti Komunis Malaya (PKM), saban hari berita yang disiarkan adalah berkenaan dengan kutukan terhadap YB Mat Sabu. Bukan sahaja kutukan daripada Doktor Gigi yang tidak tahu sejarah dan hanya pandai menggelapkan wang rakyat Negeri Selangor diberi peluang untuk menghentam Mat sabu, malahan kutukan daripada anak bekas polis yang terlibat di dalam peristiwa Bukit Kepong yang tidak mengerti erti memperjuangkan kemerdekaan juga turut disiarkan.
Saya percaya bahawa kutukan ini tidak akan berhenti sehinggalah terciptanya satu lagi kontroversi yang boleh mengaibkan Gagasan Pakatan Rakyat.
Berbalik kepada laporan Utusan Malaysia tentang Puteri UMNO dan Video seks, rupa-rupanya berita sensasi tersebut adalah berhubungan dengan laporan polis yang dibuat oleh anggota puteri UMNO yang bernama Shahanim Mohd. Yusof iaitu Naib Pergerakan Puteri UMNO terhadap Ketua Perikat Pembangkang tersohor Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dengan laporan polis yang beliau buat pada bulan Mac yang lepas menafikan bahawa beliau adalah pelaku di dalam vide seks yang didedahkan trio Datuk T. Sekali pandang memang mengaibkanlah kalau seorang yang bertudung macam Shahanim terlibat dengan video seks.
Tapi apakah motif Shahanim membuat laporan polis tersebut? Pada saya ada dua sebab mengapa beliau membuat laporan polis. yang pertama untuk mengambil hati pimpinan UMNO terutamnya PM Najib justeru dapatlah beliau dilantik sebagai Senator. Umum mengetahui bahawa sebagai ahli UMNO amat senanglah bagi seseorang itu untuk dilantik sebagai senator yang pentingnya...Aibkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Cuba lihat Sengkatak (Senator katak) Mohd Ezam. Dengan mengutuk DSAI beliau telah dilantik sebagai Senator...Senator Katak Tong Kosong...
Sebab yang kedua, mungkin buntut beliau telah dicucuk oleh pemimpin senior UMNO. Seperti yang semua sedia maklum di kebelakangan ini puteri UMNO tidak berapa menyengat serta tidak mempunyai isu yang dibangkitkan tidak seperti zaman Azalina iaitu bekas menteri yang digugurkan oleh PM Najib yang begitu lantang bersuara....
Sebagai orang luar UMNO serta PKR dan PAS saya hanya mampu melihat sahaja, lantaklah demo....saya hanya berminat nak menonton video seks puteri UMNO sekiranya betul-betul wujud.

Mupok Aku



Comments :

0 comments to “ Video Seks Puteri UMNO ”

Post a Comment

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Chitika

BlogTopsites

Politics Blogs - Blog Top Sites

MyBlogLog

Google Rank

Alexa Ranking

Technorati

BlogSearch Engine

BlogRanking

Politics Blogs - Blog Rankings