Remaung6renjer

Nuffnang

Tuesday, September 13, 2011

UMNO Memperbodohkan Komponen BN Yang Lain Melalui NGO Melayu dan Islam

Kuching
Tuesday, 13th September 2011


Tanpa kekuatan Parti-Parti lain di dalam BN seperti MCA mewakili Kaum Cina, MIC untuk Kaum India, PBS mewakili kaum Kadazan serta PRS dan SPDP mewakili kaum Iban, UMNO tidak akan dapat memerintah Malaysia secara mutlak. Oleh yang demikian walaupun mewakili kaum Melayu-Islam, UMNO tidak akan memperjuangkan hak Kaum Melayu-Muslim sehingga menyinggung perasaan kaum-kaum lain di dalam komponen BN. Oleh yang demikian, pertumbuhan bagaikan cendawan NGO-NGO yang memperjuangkan hak-hak orang Melayu-Islam seperti PERKASA, Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan lain-lain adalah merupakan pertubuhan yang ditaja oleh UMNO untuk memperjuangkan hak-hak kaum Melayu-Islam di Malaysia.

Malaysians Reminded not to Get Fool By These two Stooges

Melihat perkembangan politik semasa sekarang di mana UMNO menggunakan politik perkauman dan agama, saya merasa hairan dengan ketidak-upayaan pemimpin-pemimpin kaum India, Cina, Dayak serta peribumi Sabah untuk  membaca gerakan-gerakan UMNO yang macam mengutamakan Kaum Melayu-Islam (walaupun sebenarnya adalah  untuk kepentingan kroni-kroni elit UMNO) sahaja.

Alangkah bodohnya pemimpin-pemimpin kaum ini yang  tidak dapat menyelami taktik kotor UMNO ini. Lebih parah lagi apabila saya perhatikan akan ketidak-upayaan pemimpin dari Sabah-Sarawak yang majoriti penduduknya adalah dari kaum peribumi yang beagama Kristian untuk membela (Bukan membela secara kekerasan tapi dengan kekuatan undi)  nasib penganut agama Kristian di Semenanjung yang acapkali dibuli olen NGO Melayu-Islam. Cuba imbas kembali tentang apa yang berlaku di Semenanjung contohnya perbuatan Damansara Utama Methodist Church (DUMC) yang memberikan bantuan kepada penganut Islam yang daif, tetapi telah dilayan bagaikan penjenayah oleh MAIS dan bibantu oleh PDRM UMNO. Saya ingin mengajukan pertanyaan kepada pemimpin-pemimpin bukan Muslim daripada BN seperti Masing, Jabu, Manyin, Dr Wong Soon Koh, Pairin Kitingan dll, kenapa berdiam diri? Di manakah telur-telur kalian? Kecut sehingga masuk ke dalam perutke?

Kepada pemimpin-pemimpin di dalam BN yang mewakili kaum India, Cina, Dayak serta peribumi Sabah takkanlah kalian tidak tahu bahawa UMNO berselindung di belakang NGO-NGO Melayu-Islam? Cuba tengok betul-betul NGO yang ektremis ini. Majoriti daripada keanggotaan serta pemimpin-pemimpin NGO  ini adalah terdiri daripada ahli-ahli UMNO. Tak ada otak atau matakah kalian? Atau otak letak atas kepala lutut.

Saya ingin mencabar pemimpin-pemimpin di dalam BN yang mewakili pengundi-pengundi daripada kaum bukan Muslim agar bersuara atau meletak jawatan yang telah diamanatkan oleh pengundi-pengundi kepada kamu sekelian. Cukuplah makan gaji buta atau mengisi kocek sendiri!

Saya menulis pada kali ini bukan atas dorongan kerana membenci kaum Melayu-Islam, jauh sekali,  ini kerana kebanyakan kawan saya adalah kaum Melayu-Islam. Tujuan saya menulis kali ini adalah sekadar untuk menyedarkan pemimpin-pemimpin yang mewakili kaum bukan-Islam di Malaysia ini agar tidak terpedaya oleh taktik kotor UMNO.

Sebagai mengakhiri tulisan saya pada kali ini, sekali lagi saya ingin mengingatkan pemimpin-pemimpin dari parti-parti seperti MCA mewakili Kaum Cina, MIC untuk Kaum India, PBS mewakili kaum Kadazan serta PRS dan SPDP mewakili kaum Iban, agar tidak terpedaya oleh UMNO yang berselindung di sebalik NGO Melayu-Islam. Saya juga berharap agar pemimpin-pemimpin ini tidak terpedaya oleh retorik 1Malaysia PM Najib kerana keadaan di Malaysia sekarang dari segi kehormonian serta kebebasan beragama serta semangat perkauman adalah lebih slogan daripada kenyataan. Masih ingatkah kita akan jawapan TPM Mahyuddin yang diajukan dengan soalan tentang 1Malaysia? Saya harap pembaca semua boleh ingat bahawai bagi Mahyuddin adalah "Malay First, Malaysia Second" . Itukah makna 1Malaysia yang diwar-warkan oleh PM Najib? Saya tidak perlu jelaskan di sini. Saya mengharapkan agar pembaca-pembaca Bukittunggal menjawab sendiri persoalan ini serta menterjemahkannya di dalam bentuk undi kelian.

Mupok Aku



Comments :

0 comments to “ UMNO Memperbodohkan Komponen BN Yang Lain Melalui NGO Melayu dan Islam ”

Post a Comment

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Chitika

BlogTopsites

Politics Blogs - Blog Top Sites

MyBlogLog

Google Rank

Alexa Ranking

Technorati

BlogSearch Engine

BlogRanking

Politics Blogs - Blog Rankings