Remaung6renjer

Nuffnang

Sunday, September 4, 2011

Jabatan Imigresen Melakukan Pemerdagangan Manusia: Wikileaks

Kuching
Sunday, 4th September 2011


Saya tidak terkejut dengan maklumat Wikileaks berhubung dengan pengelibatan kakitangan Jabatan Imigresen di dalam kegiatan pemerdagangan manusia ini disebabkan pekerjaan mereka ada peluang (Opportunity) untuk berbuat demikian. Kalau pihak pengurusan Jabatan Imigresen benar-benar ingin membenteras salah-laku di kalangan anggota dan pegawainya, perkara ini boleh dimulakan di kalangan anggota pejabat. Bukittunggal ingin menarik perhatian Jabatan Imigresen agar memantau anggota kaunter mereka yang cenderung meminta "perk" daripada mereka yang membuat urusan dengan mereka, contohnya mereka-mereka  yang menguruskan permit pekerjaan.

Maklumat daripada Wikileaks melaporkan bahawa anggota Imigresen yang bertugas di sempadan cenderung melakukan kesalahan pemerdagangan manusia. Tetapi yang menghairankan kenapa sehingga sekarang tidak adapun yang didakwa di mahkamah atas kesalahan yang dilakukan. Adakah Jabatan Imigresen cuba melindungi kelemahan jabatan tersebut?

Kabel diplomatik sulit Amerika Syarikat bermula tahun 2008 menimbulkan dakwaan yang serius berhubung aktiviti penyeludupan manusia oleh kakitangan Jabatan Imigresen Malaysia yang bekerja di sempadan Malaysia-Thai.

Kabel, bertarikh 10 Sept, 2008 itu, menggariskan laporan oleh Keith Luse, seorang kakitangan profesional Jawatankuasa Perhubungan Luar Senat, berhubung siasatannya mengenai dakwaan pelarian Burma diseludup masuk di sempadan dengan bantuan pegawai imigresen Malaysia.

Menurut kabel itu, Luse, yang berada di negara ini pada 25 hingga 31 Ogos, telah bertemu dengan pelbagai NGO, aktivis, pelarian dan perwakilan Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).
Mereka secara umum mengakui kakitangan imigresen peringkat bawahan terbabit dalam penyeludupan pelarian Burma.

Aktivis dan badan-badan bukan kerajaan itu juga memberitahu Luse bahawa penyeludup manusia yang berurusan dengan pihak berkuasa imigresen Malaysia, terdiri daripada rakyat Thailand, Malaysia dan Burma, kata kabel itu.

Berdasarkan sumber, aktiviti pemerdagangan manusia di sempadan Thai-Malaysia seperti yang digariskan oleh Luse, berlaku sekitar jam 1 pagi hingga 3 pagi. Pegawai imigresen dilaporkan mengangkut pelarian Burma dari Pusat Tahanan Imigresen (IDC) menggunakan kenderaan rasmi.

Pelarian berkenaan kemudiannya didakwa diserahkan kepada penyeludup yang beroperasi dari kawasan Thailand di sempadan berkenaan.

"Pegawai Imigresen menerima antara RM400 hingga RM700 bagi setiap pelarian. Saiz kumpulan pelarian yang dijual kepada pedagang manusia itu pula, puratanya antara 45 hingga 100 orang, termasuk lelaki, wanita dan kanak-kanak," kata kabel yang dimuat-naikan di portal Wikileaks.

Menurut laporan Luse, penyeludup berkenaan akan memberi pelarian itu peluang untuk menghubungi seseorang di Malaysia bagi membayar wang tebusan sebanyak RM1,500 hingga RM1 900 bagi setiap orang.

"Mereka yang mampu menjelaskan wang tebusan kemudiannya diseludup masuk semula ke Malaysia dan dibebaskan.

"Mereka yang tidak mampu membayar dijual kepada industri perikanan Thai, kilang-kilang atau ladang-ladang jika pelarian itu seorang lelaki.

“Pedagang manusia ini didakwa menjual wanita ke rumah pelacuran, hotel dan tempat perhambaan. Sesetengah sumber menyatakan bahawa para pedagang manusia memaksa sesetengah kanak-kanak bekerja sebagai pengemis kanak-kanak di Bangkok dan di tempat-tempat lain," kata kabel, yang bagaimanapun menegaskan bahawa dakwaan terakhir itu dibuat tanpa bukti.

Diharapkan Jabatan Imigresen mengambil tindakan sewajarnya!

Mupok Aku


Comments :

0 comments to “ Jabatan Imigresen Melakukan Pemerdagangan Manusia: Wikileaks ”

Post a Comment

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Chitika

BlogTopsites

Politics Blogs - Blog Top Sites

MyBlogLog

Google Rank

Alexa Ranking

Technorati

BlogSearch Engine

BlogRanking

Politics Blogs - Blog Rankings