Remaung6renjer

Nuffnang

Sunday, July 17, 2011

Khalid Samad: Thanking Najib For Police brutality against peaceful rally

Kuching
Sunday, 17th July 2011

Khalid Thanking Najib for allowing the Police to use "mild" force against BERSIH 2.0 rally.

"Malaysians participated in BERSIH 2.0 rally recently should thanking and love Najib for did not ask the police to kill them" said the Shah Alam MP, Khalid Abdul Samad.

Cynically the Shah Alam MP Khalid , Khalid Abdul Samad wanted all Malaysians especially the victims of police brutality during the BERSIH 2.0 rally on 9 July 2011 to thanks the PM Datuk Seri Najib Razak.

Please see full report quoted in Harakahdaily below.

"Seharusnya rakyat berterima kasih dan sayang kepada Najib sebab dia tak bunuh peserta himpunan hari tu," kata ahli parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad.

Secara sinis, ahli parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad mahu rakyat khususnya mangsa keganasan polis semasa perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Menurut Harakahdaily, Khalid membuat gesaan itu kerana Najib mendakwa pihak polis menggunakan tindakan agak "ringan" terhadap peserta perhimpunan itu.
"Seharusnya rakyat berterima kasih dan sayang kepada Najib sebab dia tak bunuh peserta himpunan hari tu," katanya dipetik akhbar rasmi PAS itu sambil ketawa terbahak-bahak.
Najib ketika ditemubual beberapa wartawan di London semalam dilaporkan berkata, pihak polis menggunakan tindakan yang sewajarnya dalam usaha menyuraikan peserta perhimpunan BERSIH 2.0 di ibu negara Sabtu lalu.
Katanya tindakan polis agak ringan kerana tahanan dibebaskan selepas lapan jam dan mereka dilayan dengan baik.
Kelakar
Beliau juga mendakwa tiada penggunaan tindakan yang tidak wajar oleh polis dan penunjuk perasaan disuraikan dengan menggunakan kekerasan yang minumum.
Sambil mendakwa kenyataan Najib itu sebagai kelakar, Khalid yang turut menerima enam jahitan di kepala akibat terkena kanister gas pemedih mata pada hari itu berkata perdana menteri langsung tidak menunjukkan rasa bersalah.

"Itulah minda autokrat perdana menteri kita. Kita tidak boleh salahkan dia.
"Saya yakin dia tak rasa dia menipu, dan tak rasa bersalah pun (mengeluarkan kenyataan sedemikian), walaupun seluruh dunia sudah melihat rakaman video dan gambar keganasan polis dalam internet," katanya yang juga AJK PAS Pusat.
Pada perhimpunan yang dihadiri ribuan rakyat daripada pelbagai lapisan, sejumlah 1,667 orang ditahan oleh pihak polis. Mereka kemudiannya dibebaskan selepas diambil keterangan pada hari yang sama.

Bagaimanapun selepas itu, ramai yang tampil mendakwa pihak berkuasa bersikap ganas terhadap mereka yang datang secara aman.
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) juga dihujani pelbagai aduan peserta mendakwa polis menendang dan memukul mereka sebelum ditangkap.
Suhakam yang juga menghantar pasukan pemantau pada hari itu juga mengakui, polis menggunakan kekerasan sewaktu menyuraikan peserta himpunan.
Beberapa bukti kekasan dan keganasan polis itu juga kini tersebar di internet khususnya di Youtube

Mupok Aku

Comments :

0 comments to “ Khalid Samad: Thanking Najib For Police brutality against peaceful rally ”

Post a Comment

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Chitika

BlogTopsites

Politics Blogs - Blog Top Sites

MyBlogLog

Google Rank

Alexa Ranking

Technorati

BlogSearch Engine

BlogRanking

Politics Blogs - Blog Rankings