Remaung6renjer

Nuffnang

Sunday, June 5, 2011

Akta Veteran Di antara Kenyataan dan Gimik Politik

Kuching
Sunday, 5th June 2011

Akta Veteran yang bertujuan untuk membantu bekas tentera yang berkhidmat sepuluh tahun ke atas telah mula dibincangkan mulai tahun 2009 tetapi sehingga kini masih tidak menjadi kenyataan.
Yang menjadi tanda-tanya kepada semua bekas tentera yang tidak berpencen, adakah akta berkenaan benar-benar mahu diujudkan  atau hanya tujuan politik untuk menarik undi bekas tentera yang tidak berpencen yang mencapai jumlah hingga 200 000 orang di seluruh negara? Jika itulah kenyataannya, maka  semua bekas tentera yang tidak berpencen seharusnya bertindak untuk memberikan pengajaran kepada pemimpin-pemimpin politik yang berani membohongi 200 ribu orang bekas tentera ini. Saya telah menulis rencana berkenaan dengan motif kerajaan di Bukittunggal.com di SINI.


Betul ke ini atau ia merupakan salah satu janji politik?

Semasa balik ke kampong semasa perayaan Gawai Dayak baru-baru ini, saya telah berkesempatan untuk bercakap dengan beberapa orang bekas tentera yang tidak berpencen. Di dalam perbualan dengan mereka ini, kebanyakan daripada mereka ini telah bertanya berhubung dengan kedudukan Akta Veteran yang telah diwar-warkan semenjak tahun 2009. Daripada lawatan saya ke rumah-rumah mereka saya merasa tersangat sedih dengan keadaifan hidup mereka.
"Kita berhenti daripada perkhidmatan tentera bukanlah disebabkan kerana kita sudah tidak mahu berjuang atau bekorban untuk negara tetapi disebabkan kita mahu menceburi bidang awam. Lagipun perkhidmatan tentera membenarkan kita berhenti sebelum berpencen" kata salah seorang pesara tentera dari Kampong Abok kepada Bukittunggal.com.
Salah seorang daripada mereka menambah, "Pekerja Telekom Malaysia serta Tenaga Nasional Malaysia yang diswastakan telah diberikan pencen walaupun berkhidmat di dalam perkhidmatan kerajaan kurang daripada tiga tahun, kenapa pendekatan yang sama tidak diberikan kepada bekas tentera?".

Dari segi politik, kebanyakan daripada bekas tentera ini lebih cenderung kepada parti pembangkang ini disebabkan rasa kecewa kerana tidak mendapat pembelaan daripada pihak kerajaan.
"Saya menyertai PBTM sebagai ahli seumur hidup tetapi walaupun saya hidup dalam kesusahan tetapi saya tidak pernah mendapat bantuan daripada Jabatan Veteran. Saya melihat Pengarah JHEV Sarawak lebih mengutamakan bantuan kepada kaum Bidayuh. Cuba siasat dan tengok statistik!" kata salah seorang bekas tentera daripada Kampong Empaling yang menunjukkan rasa tidak puas hati beliau terhadap ketidaktelusan bantuan yang diberi oleh JHEV sarawak kepada bekas-bekas tentera di Sarawak.

Sebagai bekas tentera yang tidak pernah mendapat pembelaan daripada JHEV saya mengharapkan agar Akta Veteran diluluskan. Dan sementara menunggu kelulusan Akta Veteran, diharapkan pimpinan JHEV Sarawak diterajui oleh mereka yang berkelulusan serta tahu mencipta peluang untuk bekas tentera terutamanya mereka yang tidak berpencen.

Bukittunggal merasa kecewa kerana tiap kali bertanya kepada JHEV Sarawak berkenaan peluang perniagaan serta kursus perniagaan  tiap kali telah mendapat jawapan negatif. Saya merasa kecewa dengan ketidak-upayaan JHEV Sarawak di dalam memberikan bantuan kepada bekas tentera yang memerlukan bantuan.
Kepada bekas tentera yang membaca tulisan saya ini, sekiranya anda ingin berhubung dengan saya boleh email melalui alamat e-mail berikut : remaung6renjer@gmail.Com.

Akhir kata, kita berharap kerajaan meluluskan Akta Veteran dengan kadar segera supaya 200 ribu orang bekas tentera yang tidak berpencen mendapat pembelaan.

Mupok Aku


Comments :

1
Anonymous said...
on  
P

undang-undang dan prosidur kerajaan malaysia. fahami dan hayati.....

Post a Comment

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Chitika

BlogTopsites

Politics Blogs - Blog Top Sites

MyBlogLog

Google Rank

Alexa Ranking

Technorati

BlogSearch Engine

BlogRanking

Politics Blogs - Blog Rankings