Remaung6renjer

Nuffnang

Saturday, May 7, 2011

Kristian Agama Rasmi:Kerajaan Digesa Kenakan Tindakan Terhadap Utusan Malaysia

Kuching
Sabtu, 7 Mei 2011

Kalaulah setiap kaum di negara ini diberi kebebasan untuk menulis berkenaan dengan kepentingan kaum masing-masing, sudah lama negara ini berpecah-belah. Tetapi oleh kerana perbuatan berat sebelah UMNO, hanya Utusan Malaysia yang bebas menulis apa sahaja tajuk yang pada tanggapan UMNO sebagai usaha mempertahankan Melayu....www.Bukittunggal.com


Pada pagi ini semasa sedang membelek beberapa akhbar terbitan Sarawak, mata saya terpukau terhadap laporan muka hadapan Utusan Malaysia dengan tajuk "Kristian Agama Rasmi?". Walaupun telah memboikot Utusan Malaysia bertahun lamanya tetapi atas semangat ingin tahu  saya terpaksa membeli akhbar tersebut hanya untuk membaca laporan muka depan berkenaan. Kepada yang lain saya ingin menasihatkan agar teruskan memboikot akhbar berkenaan kerana kebanyakan laporan di dalam akhbar berkenaan adalah bersifat perkauman dan hanya bernilai sen Malaysia sahaja serta hanya sesuai untuk dijadikan pembungkus nasi lemak. Berbalik kepada laporan muka depan dengan tajuk "Kristian Agama Rasmi?"  memang benarlah tujuan laporan berkenaan hanyalah  untuk menakutkan pengundi Melayu di Pulau Pinang serta di Kelantan semata-mata.
Mengikut laporan berkenaan, berita lanjut di muka 6 tetapi apabila penulis pergi ke muka surat 6 akhbar berkenaan tiada apapun rencana yang berkaitan. Jadi sebab sebenar kenapa tajuk berkenaan ditulis di muka depan sedemikian rupa hanyalah untuk mensasikan berita berkenaan.

Bolehkah Kristian Dijadikan Agama Rasmi  Malaysia?

Kalau dilihat dari segi jumlah penduduk di Malaysia, hanya 9.2 peratus adalah terdiri daripada penduduk beragama Kristian manakala Islam seramai 60 peratus manakala Buddha merangkumi 20 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia.
Daripada perangkaan di atas bolehkah Kristia dijadikan sebagai agama rasmi negara? Utusan Malaysia jangan jadi bodoh dan jangan diperbodohkan UMNO.
Kalaulah perlembagaan membenarkan bahawa setiap negeri dibenarkan mempunyai agama rasmi masing-masing, agama Kristian hanya dapat dijadikan sebagai agama rasmi di negeri-negeri Malaysia Timur iaitu di  Sabah dan Sarawak.
Jadi Utusan Malaysia janganlah cuba mempermainkan isu-isu yang boleh memecah-belahkan keamanan negara ini sebaliknya cubalah tulis isu-isu yang dapat mengeratkan perhubungan di antara rakyat Malaysia  yang terdiri daripada pelbagai kaum dan anutan agama.
Cubalah belajar daripada sejarah agar negara ini kekal aman serta bersatu.

Kerajaan Jangan Berat Sebelah

Hanya kerana Utusan Malaysia milik UMNO, tidak bermakna akhbar ini boleh menulis sesuka hati sehingga menyakitkan hati kaum serta agama lain tanpa dikenakan sebarang tindakan oleh kerajaan. Komponen parti BN yang mewakili kepentingan kaum masing-masing seharusnya bertindak agar kepentingan kaum masing-masing dijaga serta tidak ditindas. 
Sebagai mewakili kaum Iban, saya ingin menyeru pemimpin-pemimpin Iban di dalam BN seperti Masing dan Jabu agar bersuara demi menjaga kepentingan kaum Iban. Jangan hanya pandai bercakap di kalangan penduduk pendalaman yang mempunyai ilmu yang cetek sahaja. Cubalah bercakap di Parlimen dan DUN demi kepentingan kaum Iban.
Kepada semua wakil rakyat BN daripada kaum lain, cubalah bersuara agar tindakan sewajarnya dapat di ambil terhadap Utusan Malaysia dan kalau boleh paksa PM agar Utusan Malaysia ditutup!

Mupok Aku




Comments :

1
Anonymous said...
on  
P

Cilaka punya Utusan Malaysia.
Keris Mudin jangan berat sebelah...batalkan pendaftaran Utusan Malaysia...

Post a Comment

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Chitika

BlogTopsites

Politics Blogs - Blog Top Sites

MyBlogLog

Google Rank

Alexa Ranking

Technorati

BlogSearch Engine

BlogRanking

Politics Blogs - Blog Rankings