Remaung6renjer

Nuffnang

Sunday, May 15, 2011

Ibrahim Ali Istihar Perang Terhadap Orang Kristian Malaysia

Kuching
Sunday, 15th May 2011


Nampaknya Ibrahim Ali aka Ibrahim Katak semakin berani meniup api kemarahan di antara penganut Islam dan Kristian di Malaysia. Tetapi apa yang sangat mendukacitakan, Menteri Dalam Negeri masih kecut untuk mengambil tindakan terhadap Raja Katak ini.

Seperti yang dilaporkan di dalam Malaysiakini, semasa bercakap dalam satu majlis anjuran Komuniti 1Malaysia di Kampung Kerdas dan Kampung Changkat, Gombak malam tadi, Ibrahim menuduh orang Kritisn "mencabar posisi, kedaultan orang Melayu Islam” seraya berkata :-
Kalau nak perang salib boleh. Kalau kata keamanan yang kita ada tak memadai dan kemahuan tak mencukupi, kita akan sambut…Jangan ingat orang Melayu Islam diam kerana takut. Sebelum pengikut tewas di medan peperangan, ketua (PERKASA) dulu akan mati di hadapan bergelimpangan dengan
darah.
Kepada Ibrahim Ali, adalah diingatkan bahawa di Malaysian bukan semua tempat penganut Islam adalah majoriti dan bukan semua tempat yang mana penganut Islam adalah majoriti mempunyai fikiran sempit macam berprasangka buruk terhadap penganut agama lain seperti kamu.
Saya nak tanya Ibrahim Ali. Adakah beliau hendakkan Malaysia jatuh ke tangan ektrimis dan jadikan negara ini macam di Afghanistan semasa pemerintahan Taleban?
Saya juga ingin ingatkan Ibrahim Ali, di Sarawak penganut Kristian adalah majoriti adakah dengan ini agama Kristian dijadikan sebagai agama rasmi Sarawak? Nasib baik di Malaysia ini hanya ada dua-tiga orang Melayu yang mempunyai fikiran Taleban macam Ibrahim Ali dan Mahathir..kalau tidak hancurlah negara ini.

Kepada penganut agama Kristian, ingatlah ajaran Bible agar mengutamakan keamanan dan jangan diikutkan fikiran orang yang sempit macam Ibrahim Ali...

Mupok Aku



Comments :

0 comments to “ Ibrahim Ali Istihar Perang Terhadap Orang Kristian Malaysia ”

Post a Comment

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Chitika

BlogTopsites

Politics Blogs - Blog Top Sites

MyBlogLog

Google Rank

Alexa Ranking

Technorati

BlogSearch Engine

BlogRanking

Politics Blogs - Blog Rankings