Remaung6renjer

Nuffnang

Friday, April 1, 2011

Taib Kata Jabu BODOH Jadi Tidak Layak Jadi KM Sarawak!

Kuching
Friday, 1st April 2011


Semasa Pilihanraya negeri yang dicetuskan oleh peristiwa Ming Court Taib berjanji untuk menyerahkan kuasa kepada pemimpin yang kedua terkanan. Semalam apabila ditanya oleh penggantinya dia tidak menamakan Jabu Numpang kerana dia tahu bahawa orang nombor duanya itu adalah orang yang BODOH. Bodoh sangatkah Jabu Numpang?


Ini bukan pasal April Fool tetapi sebagai memetik apa yang Taib Mahmud kata seperti yang ditulis oleh Berita Harian hari ini apabila ditanya tentang penggantinya.

Pada tahun 1987 semasa pilihanraya negeri Sarawak yang dicetuskan oleh peristiwa Ming Court, untuk menarik sokongan pengundi Iban Taib Mahmud telah menabur janji dengan mengatakan bahawa penggantinya kelak mestilah daripada pemimpin parti yang kedua kanan selepasnya. Pada masa itu pemimpin PBB yang paling kanan adalah Jabu Numpang.

Tetapi setelah lebih kurang 24 tahun menabur janji kepada kaum Iban serta Jabu Numpang khasnya, semalam seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian semasa ditanya oleh pemberita tentang bakal  penggantinya beliau telah memberitahu pemberita bahawa dia hanya akan menyerahkan jawatannya kepada penggantinya yang mempunyai kriteria yang bijak-pandai. Tetapi kenapa pula dia tidak menjawab bahawa dia akan digantikan ataupun menyerah kuasanya kepada pemimpin PBB yang paling kanan selepas beliau ?

Mengingat kembali janjinya kepada kaum dayak/Iban semasa pilihan raya negeri tahun 1987, serta janji yang dibuatnya semalam yang berkehendakkan bahawa penggantinya mestilah daripada pemimpin PBB yang bijak maka tahulah kita bahawa dalam perkataan lain, Jabu tidak akan menggantikannya kerana Jabu BODOH. Ah..memang Jabu BODOH..akupun mengaku.

Sejarah akan dilakarkan bahawa pemimpin Iban yang mengakibatkan kejatuhan kuasa kaum Iban/dayak di Borneo adalah kerana kebodohan Jabu. Semasa pilihanraya tahun 1987, semangat Dayakism memang kuat kalau tak percaya tanya Jemut Masing. Tapi akhirnya PBDS serta PERMAS telah kalah. Ditambah dengan beberapa orang pemimpin Parti PBDS berpaling tadah, maka kuasa Taib telah menjadi bertambah kuat maka bermulalah terkuburnya kuasa politik Iban/dayak.

Jadi kepada kaum Dayak, saya ingin menyeru bahawa  masih belum terlambat lagi untuk kita mengajar Taib, Jabu serta beberapa pemimpin Iban yang berpaling tadah seperti Jemut Masing, Geramong Juna dan lain-lain dengan tidak menyokong calon Barisan Nasional pada pilihanraya negeri sarawak yang akan diadakan pada 16th April 2011, sebaliknya CONTENGLAH calon SNAP...

Mupok Aku

Comments :

0 comments to “ Taib Kata Jabu BODOH Jadi Tidak Layak Jadi KM Sarawak! ”

Post a Comment

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Chitika

BlogTopsites

Politics Blogs - Blog Top Sites

MyBlogLog

Google Rank

Alexa Ranking

Technorati

BlogSearch Engine

BlogRanking

Politics Blogs - Blog Rankings