Remaung6renjer

Nuffnang

Thursday, April 14, 2011

SUPP Mengamuk Lihat Iklan 'Saya sayang Pek Mo'

Kuching
Thursday, 14th Apr 2011

Ah..Patutlah Pengundi Cina mati-mati  tidak akan menconteng SUPP....


Malam tadi semasa mengahadiri ceramah DAP di MJC yang dihadiri oleh lebih 10000 orang, saya ada mendengar Menteri Besar Pulau Pinang menyebut "Pek Mo" yang boleh diterjemahkan sebagai "Tok Uban". Mula-mula saya tidak faham maksud Pek Mo tetapi setelah diberitahu oleh seorang kawan barulah saya faham..Patutlah apabila YAB Lim Guan Eng menyebut Pek Mo ramai hadirin yang beretepuk tangan dan ketawa.....

Papan iklan "Saya sayang Pek Mo" yang didirikan oleh DAP pagi ini dikatakan menghantui dan memberangkan presiden SUPP dan calon Piasau, Tan Sri Dr George Chan dan dua calon parti itu.

Menurut ketua DAP Johor, Boo Cheng Hau pada sidang akhbar di hadapan papan iklan itu seorang peguam SUPP - David Siaw - telah menghantar sms yang bernada keras kepada pengarah pilihan raya DAP.

Dalam satu daripada sms yang ditunjukkan kepada Malaysiakini, peguam SUPP itu mahu DAP menanggalkan papan iklan itu ataupun menghadapi tindakan undang-undang.

"Sila turunkan papan iklan yang menunjukkan gambar calon kami bersama Ketua Menteri. Awak tidak ada hak menggunakan gambar mereka. Harap ambil perhatian, kami akan menyaman fitnah.”

Dalam satu lagi mesej, pengirimnya memberi amaran parti komponen BN akan bertindakbalas jika papan iklan itu tidak diturunkan.

"Awak mungkin akan saksikan calon DAP berkata perkara-perkara yang memihak BN.”

DAP, bagaimanapun enggan menurunkan papan iklan tersebut dan mendakwa mereka tidak memfitnah sesiapa.

"Kecuali awak kata tidak sayang Pek Moh, maka tiada unsur fitnah," kata Lim Sie Keong, calon DAP yang akan menentang Chan di Piasau.

Mupok Aku


Comments :

0 comments to “ SUPP Mengamuk Lihat Iklan 'Saya sayang Pek Mo' ”

Post a Comment

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Chitika

BlogTopsites

Politics Blogs - Blog Top Sites

MyBlogLog

Google Rank

Alexa Ranking

Technorati

BlogSearch Engine

BlogRanking

Politics Blogs - Blog Rankings