Remaung6renjer

Nuffnang

Sunday, March 27, 2011

Usaha Utusan Malaysia Menjatuhkan Karier Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim

Kuching
Sunday, 27th March 2011


Dalam usaha Utusan Malaysia untuk menjatuhkan karier politik Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI), akhbar tersebut pada keluaran Pancainderanya hari ini telah menulis satu rencana yang berkaitan dengan kejatuhan beberapa orang ahli politik di seluruh dunia akibat skandal seks. Dalam banyak-banyak ahli politik yang terlibat tiada seorangpun ahli politik dari UMNO yang ditulis. Perkara ini membuktikan niat sebenar Mingguan Malaysia di dalam menyiarkan rencana berkenaan

Pendahuluan

Pagi ini semasa saya sedang membelek beberapa akhbar untuk dibaca pada hari minggu sambil minum kopi, mata saya tertumpu pada rencana Pancaindera iaitu sisipan Mingguan Malaysia yang bertajuk "Jatuh Kerana Skandal Seks". Walaupun seperti yang diketahui ramai bahawa saya memang telah lama memboikot Utusan/Mingguan Malaysia, tetapi atas dasar hendak mengetahui apakah tujuan sebenar rencana berkenaan ditulis maka saya telah mengorbankan wang RM 2.00 untuk membeli akhbar milik UMNO yang umum telah tahu sebagai sebuah akhbar yang tebal unsur perkaumannya.
Seperti yang telah saya katakan tadi, walaupun pada awalnya saya dapat menghidu bahawa tujuan rencana berkenaan ditulis adalah untuk menjatuhkan karier politik Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) tetapi untuk mengetahui secara mendalam saya telah mengambil keputusan untuk membacanya.Setelah habis membacanya, memang benarlah tekaan saya bahawa rencana tersebut sememangnya ditulis untuk mematikan karier politik DSAI.
Daripada cara rencana berkenaan ditulis serta isi kandungannya tidak keterlaluan kalau saya katakan bahawa skandal seks seperti yang dilaporkan oleh Datuk T merupakan suatu konspirasi yang dipelajari daripada Utusan atau Mingguan Malaysia. Walaupun ada penyokong UMNO yang mempersoalkan tanggapan saya berpandukan jangkamasa Video Seks serta rencana berkenaan disiarkan, yang mana rencana berkenaan ditulis setelah pendedahan dibuat oleh Datuk T, tetapi semua orang tahu bahawa rancangan ini adalah milik UMNO yang melibatkan orang UMNO serta akhbar UMNO oleh yang demikian tidak mustahil perkara ini boleh dibuat. Adakah ini sememangnya rancangan Utusan Malaysia dan UMNO? Dalam nota tepi rencana berkenaan ada ditulis seperti berikut :-
Akhirnya kebenaran akan tersebar jua walaupun mungkin pada awalnya dinafikan. Yang pasti ia akhirnya memakan diri dan ketika itu adalah terlewat untuk menoleh ke belakang.
Akkbar Mingguan Malaysia mungkin menujukan perkataan tersebut kepada DSAI tapi bagi saya ianya lebih bersesuaian ditujukan kepada UMNO serta pemimpin-pemimpinnya.

Cerita Siapa Yang Digunakan Oleh Mingguan Malaysia Untuk Ditiru Oleh Datuk T


Sebelum saya meneruskan tulisan ini terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan siapa Datuk T sebenarnya kepada pembaca yang tidak mengikut perkembangan Skandal Seks DSAI seperti yang didakwa oleh UMNO.
Menurut Datok Rahim Tamby Chik bekas Ketua Menteri Melaka , "T ini merujuk kepada trio, three," yang terdiri daripada dia sendiri, Shuib Lazim dan Datuk Shazryl Eskay Abdullah. Siapa pula mereka ini?
Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik merupakan bekas Ketua Menteri Melaka yang meletak jawatan kerana terlibat dengan kes rogol iaitu bersetubuh dengan kanak-kanak berusia 15 tahun. Manakala Datuk Shazryl Eskay Abdullah adalah merupakan ahli perniagaan dari Kedah. Tidak banyak diketahui tentang beliau tetapi ramai beranggapan pengelibatan beliau adalah kerana sebab kewangan. Manakala Datuk Shuib Lazim merupakan Bendahari Perkasa iaitu proksi UMNO untuk memperjuangkan hak-hak orang Melayu.
Dari segi motif ada dua. Pertama untuk tujuan politik terutamanya masa video berkenaan didedahkan bersamaan dengan pilihanraya Sarawak. Umum mengetahui bahawa DSAI merupakan ikon politik yang tiada tandingan di Malaysia. Malah ada orang kata dari segi populariti Najib iaitu Perdana Menteri Malaysia jauh di belakang DSAI malahan tak layak untu menjilat dubur DSAI. Jadi Video Seks ini dapat menjatuhkan meruah serta populariti DSAI. Yang kedua untuk tujuan kewangan. Kalau UMNO sanggup tawarkan RM1 juta kepada Ahli Parlimen PKR untuk berpaling tadah kepada UMNO, berapa juta agaknya yang ditawarkan kepada "trio" atau three stooges ini  untuk "video seks" yang dapat menguburkan riwayat politik DSAI?

Mari kita lihat cerita skandal seks siapa yang ditulis oleh Pancaindera.

Di antara cerita pemimpin-pemimpin politik dunia yang jatuh akibat skandal sek dan cuba digunakan oleh pancaindera Mingguan Malaysia untuk menjatuhkan maruah DSAI adalah seperti Skandal Eliot Spitzer iaitu Gabenor New York yang terlibat dalam skandal seks dengan seorang pelacur kelas atasan di bilik 871 Hotel Mayflower pada 13 Februari 2008. Skandal ini menyebabkan Eliot kehilangan karier politiknya.
Salah seorang lagi pemimpin politik Amerika Syarikat (AS) yang kehilangan karier politik akibat skandal seks adalah Senator Larry Edwin Craig yang ditangkap melakukan hubungan sejenis di Lapangan Terbang Minneapolis St Paul pada tahun 2007.
Di samping AS, lain-lain pemimpin yang jatuh karier politik mereka disebabkan skandal seks adalah seperti yang berlaku kepada Menteri Kewangan China iaitu Jen Renqing. Di Turki pemimpin pembangkangnya iaitu Deniz Baykal meletak jawatan politik setelah dirakam melakukan perhubungan seks dengan setiausaha parlimennya iaitu Nesrin Baytok pada tahun 2010.
Di Indonesia seorang anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) meletakkan jawatan setelah video hubungan seksnya dengan penyanyi dangdut iaitu Maria Eva tersebar di internet.
Di India pemimpin Parti Kongres India iaitu N.D Tirawi telah meletak jawatan setelah dia dirakam melakukan hubungan seks dengan tiga perempuan sekaligus.
Ada beberapa orang lagi pemimpin politik yang meletak jawatan akibat skandal seks tapi tak dapat saya paparkan di sini.
Nampak gayanya Mingguan Malaysia hanya mampu menyenaraikan beberapa ahli politik dunia untuk menjatuhkan DSAI tapi tiada satu pemimpin UMNO yang disenaraikan yang juga terlibat di dalam skandal seks. Saya akan paparkan beberapa orang pemimpin UMNO yang terlibat skandal seks tapi masih memegang jawatan atau diberikan jawatan kerajaan.

Skandal Seks Pemimpin UMNO yang Disorokkan di bawah Tikar

Seorang ketua menteri sekarang ni menerajui RISDA telah didakwa merogol (bersetubuh dengan gadis bawah umur) tetapi telah diselamatkan oleh Mahathir Mamak.
Kita juga ada pemimpin UMNO yang ditangkap khalwat dengan seorang penyanyi popular di Port Dickson tapi tiada tindakan diambil. Pemimpin ini juga didakwa telah membeli isterinya dengan nilai RM 200,000.
Dua pemimpin UMNO kedua-duanya merupakan Ketua Menteri . Salah seorang telah memanjat pagar istana untuk bersama dengan puteri Sultan stelah membuntingkan puteri terus menceraikannya. Seorang lagi MB bersetubuh dengan adik iparnya sehingga melahirkan anak. Perkara ini telah dibongkar oleh JAKIM tapi tidak dilaporkan oleh surat khabar milik UMNO.
Jadi kepada pemimpin UMNO terutamanya Najib, jangan bercakap pasal moral sebab kamu memang tidak mempunyai moral yang lebih baik daripada DSAI oleh itu tidak berhak untuk bercakap pasal moral.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, video seks yang melibatkan DSAI ini merupakan konspirasi UMNO untuk menjatuhkan DSAI agar UMNO dapat memerintah Malaysia secara kuku besi. Parti-parti komponen BN merupakan parti "Yes Sir" sahaja dan tidak memperjuangkan nasib kaum mereka. DSAI yang berjaya memimpin Pakatan Rakyat sehingga menidakkan kerusi 2/3 Parlimen BN dalam pilihan raya umum tahun 2008 merupakan satu ancaman kepada UMNO. Oleh itu salah satu cara untuk menghancurkan DSAI adalah dengan cara skandal seks dalam kes ini adalah "video seks tiruan".
Pancaindera Mingguan Malaysia melalui rencananya bertajuk " Jatuh Kerana Skandal Seks" yang disiarkan pada 27 Mac 2011 telah cuba mengaitkan "video seks palsu DSAI dengan pelacur" dengan skandal seks pemimpin dunia yang lain dengan harapan agar DSAI meletakkan jawatan politiknya.
Yang kedua, perbandingan yang cuba dibuat oleh pancaindera dengan negara-negara lain memang tidak masuk akal ini kerana ajensi kerajaan di AS, China dan Indonesia adalah bebas daripada kawalan pemimpin politik. Tapi di Malaysia semua ajensi yang terlibat seperti MACC dan PDRM adalah di bawah kuasa UMNO. Kalaulah Ajensi Kerjaan telus dan tidak di bawah kawalan UMNO saya berpendapat bahawa karier politik pemimpin tertinggi UMNO sekarang telah lama terkubur ataupun telah lama beliau atau isterinya kena hukum gantung atas pengelibatan mereka di dalam kes yang melibatkan jelitawan Mongolia yang bernama Alantuya.
Kepada pancaindera, jangan jadi bodoh...Semua Rakyat serta kebanyakan pelusuk dunia telah mengetahui bahawa video seks yang didakwa sebagai DSAI adalah konspirasi politik UMNO..
Kepada pengundi di Sarawak...Ingat DSAI CONTENG Pakatan Rakyat, Ingat Mongolia bencilah UMNO, CONTENGlah PR...
Akhir kata, meminjam nota tepi pancaindera yang berbunyi " Akhirnya kebenaran akan tersebar jua walaupun mungkin pada awalnya dinafikan. Yang pasti ia akhirnya memakan diri dan ketika itu adalah terlewat untuk menoleh ke belakang"
Saya tujukan kata-kata tersebut kepada UMNO...

Mupok Aku


Comments :

1
LakegSemang said...
on  
P

Hi Bukit Tunggal,

Saya adalah piminat blog anda dan saya juga ada blog http://butuhbnsarawak.blogspot.com dan http://lakegsemang.blogspot.com Saya nak minta pandangan kamu tentang isu dalam blog ini http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/christians-inviting-trouble-over-alkitab-row-say-muslim-ngos/

Apa komen kamu tentang isu tersebut ?

Post a Comment

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Chitika

BlogTopsites

Politics Blogs - Blog Top Sites

MyBlogLog

Google Rank

Alexa Ranking

Technorati

BlogSearch Engine

BlogRanking

Politics Blogs - Blog Rankings