Remaung6renjer

Nuffnang

Thursday, December 30, 2010

Pejabat Perdana Menteri Anti Agama Kristian

Kuching
Khamis, 30 Disember 2010


Saya menyeru agar semua rakyat Malaysia yang beragama Kristian tidak mengundi Pemimpin yang bertindak macam talam dua muka kepada kita!

Sebagai Penganut Agama Kristian Yang Memnghormati lain-lain agama, saya merasa terhina apabila terbaca bahawa Jabatan Perdana Menteri Malaysia mengamalkan Sikap Anti-Kristian yang berlebihan.

Tidak tersiar melalui Utusan Malaysia tetapi disiarkan melalui laman-laman blog, Pejabat Perdana Menteri seperti yang dilaporkan telah memberi arahan supaya pihak penganjur majlis perayaan hari Krismas bersama PM supaya membuang elemen keagamaan seperti lambang salib serta melarang berlakunya upacara sembahyang dan nyanyian lagu-lagu pemujaan di majlis anjuran Persekutuan Kristian Malaysia (CFM.Majlis berkenaan diadakan di kediaman ketua biskop gereja Katolik Kuala Lumpur.
Najib yang merupakan PM Malaysia yang memulakan pentadbirannya dengan Slogan " 1Malaysia : Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan" yang mengutamakan tolenransi antara kaum berbilang kaum dan agama rupa-rupanya hanya slogan semata-mata, bak kata pepatah "Indah Khabar dari Rupa". Kalau dahulu pencabulan cara hidup 1Malaysia yang beliau war-warkan berlaku di belakang dan tanpa pengetahuannya tetapi pada 25 Disember 2010 semasa menghadiri perayaan hari Krismas di KL, pencabulan dilakukan di hadapan mata beliau sendiri.
Dengan ini saya menyeru kepada semua penganut Agama Kristian di Malaysia terutamanya penganut Kristian dari Kaum Dayak agar tidak memberikan sokongan kepada PM Najib yang merupakan seorang yang tidak menghormati Agama Kristian.
Parti PAS iaitu merupakan komponen Pakatan Rakyat (PR) pada masa dahulu yang pernah dilabel sebagai penganut Islam yang ektremis dan tidak menghormati agama lain, sekarang ini lebih menghormati agama lain serta lebih teloransi kalau dibandingkan dengan pejabat Perdana Menteri.
Adakah patut sebuah kementerian yang sepatutnya menunjukkan contoh kepada kementerian yang lain agar mengamalkan cara hidup 1Malaysia tetapi  bertindak dengan tidak menghormati agama lain serta mengamalkan ciri-ciri yang bertentangan dengan 1Malaysia?
Kepada bangsaku dayak, kenalilah musuh-musuh kamu dan jangan terperdaya. 1Malaysia hanyalah cogankata sebagai pemanis untuk mendapatkan undi agar Barisan nasional akan meneruskan pemerintahan mereka serta Najib yang anti agama Kristian akan terus menjadi pemimpin kita yang bencikan membenci kita..Ingatlah "BERUBAH SEKARANG!"

Mupok Aku


Najib Declares Friday, 31 December 2010 A Public Holiday : Malaysia Team Won 2010 AFF Suzuki Cup

Kuching
Thursday, 30th December 2010

Primes Minister, Najib Tun Razak has declared that Friday, 31st December 2010 a Public Holiday to celebrate the success by Malaysian football squad in winning the 2010 AFF Suzuki Cup on Wednesday Night.

Najib also congratulated the Malaysian football team for beating the Indonesian team in the final by 4-2 agregate, describing its as " The Greatest Night In Malaysian Football "

"The young team had done us proud and we must build this success to propel Malaysian football to greater heights" he said in a statement to BERNAMA

Mupok Aku


Blog Widget by LinkWithin

Chitika

BlogTopsites

Politics Blogs - Blog Top Sites

MyBlogLog

Google Rank

Alexa Ranking

Technorati

BlogSearch Engine

BlogRanking

Politics Blogs - Blog Rankings