Remaung6renjer

Nuffnang

Thursday, December 30, 2010

Pejabat Perdana Menteri Anti Agama Kristian

Kuching
Khamis, 30 Disember 2010


Saya menyeru agar semua rakyat Malaysia yang beragama Kristian tidak mengundi Pemimpin yang bertindak macam talam dua muka kepada kita!

Sebagai Penganut Agama Kristian Yang Memnghormati lain-lain agama, saya merasa terhina apabila terbaca bahawa Jabatan Perdana Menteri Malaysia mengamalkan Sikap Anti-Kristian yang berlebihan.

Tidak tersiar melalui Utusan Malaysia tetapi disiarkan melalui laman-laman blog, Pejabat Perdana Menteri seperti yang dilaporkan telah memberi arahan supaya pihak penganjur majlis perayaan hari Krismas bersama PM supaya membuang elemen keagamaan seperti lambang salib serta melarang berlakunya upacara sembahyang dan nyanyian lagu-lagu pemujaan di majlis anjuran Persekutuan Kristian Malaysia (CFM.Majlis berkenaan diadakan di kediaman ketua biskop gereja Katolik Kuala Lumpur.
Najib yang merupakan PM Malaysia yang memulakan pentadbirannya dengan Slogan " 1Malaysia : Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan" yang mengutamakan tolenransi antara kaum berbilang kaum dan agama rupa-rupanya hanya slogan semata-mata, bak kata pepatah "Indah Khabar dari Rupa". Kalau dahulu pencabulan cara hidup 1Malaysia yang beliau war-warkan berlaku di belakang dan tanpa pengetahuannya tetapi pada 25 Disember 2010 semasa menghadiri perayaan hari Krismas di KL, pencabulan dilakukan di hadapan mata beliau sendiri.
Dengan ini saya menyeru kepada semua penganut Agama Kristian di Malaysia terutamanya penganut Kristian dari Kaum Dayak agar tidak memberikan sokongan kepada PM Najib yang merupakan seorang yang tidak menghormati Agama Kristian.
Parti PAS iaitu merupakan komponen Pakatan Rakyat (PR) pada masa dahulu yang pernah dilabel sebagai penganut Islam yang ektremis dan tidak menghormati agama lain, sekarang ini lebih menghormati agama lain serta lebih teloransi kalau dibandingkan dengan pejabat Perdana Menteri.
Adakah patut sebuah kementerian yang sepatutnya menunjukkan contoh kepada kementerian yang lain agar mengamalkan cara hidup 1Malaysia tetapi  bertindak dengan tidak menghormati agama lain serta mengamalkan ciri-ciri yang bertentangan dengan 1Malaysia?
Kepada bangsaku dayak, kenalilah musuh-musuh kamu dan jangan terperdaya. 1Malaysia hanyalah cogankata sebagai pemanis untuk mendapatkan undi agar Barisan nasional akan meneruskan pemerintahan mereka serta Najib yang anti agama Kristian akan terus menjadi pemimpin kita yang bencikan membenci kita..Ingatlah "BERUBAH SEKARANG!"

Mupok Aku


Comments :

2 comments to “ Pejabat Perdana Menteri Anti Agama Kristian ”
Anonymous said...
on  
P

Terima kasih saudara Remaung kerana berani menulis artikel ini sekurang-kurangnya dapat membuka mata bagaimana kita bangsa Dayak diperkudakan oleh UMNO untuk terus kekal memerintah Malaysia.
Mengikut Perlembagaan semua penganut agama adalah bebas untuk mengamalkan ajaran agama masing-masing.
Yang saya hairan mengapakah pemimpin gereja bersetuju untuk mengikut telunjuk Pejabat Perdana Menteri. Begitu juga saya jadi bertambah hairan bagaimanja Najib yang bising dengan slogan 1Malaysia sanggup mengikut nasihat bodoh orang-orang yang berada di sekelilingnya...
Penganut agama lain seperti Buddha dan Hindu harus buka mata besar-besar bahawa perkara yang sama boleh berlaku kepada mereka.
Kepada penganut Kristian terutamanya dari kaum dayak, ingatlah jangan sokong orang yang mengamalkan cakap tak serupa bikin macam PM Najib.
Ingatlah....Kita boleh mengubah keadaan di Malaysia dengan jangan menyokong BN!

Anonymous said...
on  
P

ini semua adalah tuduhan semata2..kesian dengan saudara..yang lebih percaya dengan rekaan cerita dari blog yang mengadaka2kan cerita...

kalau saudara begitu bencikan PM sekalipun janganlah fitnah dengan perkara dia tak lakukan..

taukan saudara sesiapa boleh kata demikian tanpa rujuk perkara sebenar..

saya bukan ahli umno ataupun pendokong UMNO..malah menyokong apa yg pas lakukan sebelum ini...
dan pernah mengkritik UMNO kerana begitu toleran dengan hak kaum2 lain..

kini saya mengambil pendekatan berpaling dari PAS yang nyata begitu hipokrit.. menjadi org atas pagar...

mungkin saudara begitu terpesona dengan alunan baru ciptaan Anwar..namun sedarlah itu hanya buih pembohongan belaka..

saya hormat agama anda..tetapi anwar sedikipun tidak hormat dengan agamanya sendiri dan agama kritian..

Banyak bukti dengan saya Anwar hina orang kristian lagi teruk berbanding apa yg ditulis saudara..

tok janggut

Post a Comment

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Chitika

BlogTopsites

Politics Blogs - Blog Top Sites

MyBlogLog

Google Rank

Alexa Ranking

Technorati

BlogSearch Engine

BlogRanking

Politics Blogs - Blog Rankings