Remaung6renjer

Nuffnang

Wednesday, September 1, 2010

UMNO Semakin Berani Memainkan Isu Perkauman

Kuching, Sarawak
Wednesday, 1st September 2010

 UMNO Semakin Berani Mengorbankan Keamanan Malaysia Demi Untuk Politik Sempit Dengan Memainkan Isu Perkauman.




Apakah Motif UMNO sebenarnya? Dalam usaha untuk meraih undi Melayu mereka sanggup mengorbankan semangat toleransi anatara kaum. Terdahulu LGE telah dipersalahkan apabila namanya disebut semasa sembahyang Jumaat. Baru-baru ini Utusan Malaysia telah memainkan isu Teo Nie Ching memasuki surau, dengan harapan untuk menaikkan api kemarahan kaum. yang pelik kenapa tiada tindakan terhadap Utusan Malaysia? 

Marahpun ada, meluatpun ada apabila terbaca di Malaysiakini bahawa UMNO di dalam blog yang ditulis oleh penyokongnya dengan nama pena "PAS BERUK", memfitnah Lim Guan Eng dengan meletakkan gambar super impose beliau yang sedang menyembelih lembu.
Bodoh sangat ke LGE sampai sanggup melakukan benda yang beliau tahu yang beliau tak boleh lakukan? Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, saya menyeru UMNO agar menghindarkan diri daripada menggunakan platform perkauman untuk memenangi hati pengundi Melayu, dan mereka juga mesti ingat bahawa bukan semua kaum Melayu itu suka bersifat perkauman dan menyokong perbuatan mereka. UMNO perlu ingat bahawa Malaysia bukan lagi Malaya. Malaysia adalah sebuah gagasan yang terdiri daripada rakyat yang berbilang agama dan bangsa yang merangkumi kaum Cina, India dan pribumi Sabah dan Sarawak.
Dari segi pecahan kaum, Melayu hanya merangkumi 60 peratus sahaja daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia. Daripada pecahan penduduk di atas adalah jelas sekiranya mana-mana kaum mahu memerintah Malaysia, mereka seharusnya mendapat sokongan daripada semua kaum. Untuk mendapat sokongan daripada semua kaum, pemimpin sesuatu kaum itu mestilah adil dan sanggup berkhidmat kepada semua rakyat Malaysia,  tidak mengira kaum.


Sehingga Sekarang pemimipin katak ini masih tidak diambil tindakan oleh pihak berkuasa atas ucapan dan tindakan "perkauman melampau" beliau sebagai pemimpin PERKASA. Apakah bezanya PERKASA dengan HINDRAF?

Semua orang tahu bahawa PERKASA adalah UMNO. Jadi UMNO jangan cuba berselindung dibelakang PERKASA. Kalaulah PERKASA itu bukan UMNO, nescaya sudah lama Ibrahim katak kena tahan di bawah ISA. Apa bezanya PERKASA dengan HINDRAF?
Ramai orang tahu bahawa HINDRAF adalah off-shoot MIC manakala PERKASA adalah off-shoot dari UMNO. Jadi PERKASA apapun alasannya orang tahu siapa sebenarnya mereka ini.


Bertindak sebagai "whistle Blower" tetapi telah dikritik oleh pemimpin UMNO serta dipanggil untuk siasatan oleh pihak PDRM. Besar sangatkah kesalahan beliau kalau dibandingkan dengan pengetua yang bersifat "perkauman melampau' yang bernama Siti Inshah ?

Dari kes yang melibatkan Siti Inshah. Beliau yang merupakan seorang pengetua boleh terlepas daripada tindakan cercaan daripada pemimpin UMNO tetapi NAMEWEE atau nama sebenar beliau Wee Meng Chee, yang hanya bertindak sebagai "whistle blower" tetapi telah mendapat kritikan dan kutukan daripada pemimpin UMNO. Kalau  tindakan tidak cukup, hanya dengan 3 laporan Polis beliau telah disiasat oleh polis dengan sert-merta. Tetapi apakah pula tindakan kerajaan pimpinan UMNO terhadap pengetua yang bersifat perkauman melampau ini?
Dari segi layanan terhadap semua kaum rakyat Malaysia, UMNO juga perlu ingat bahawa penduduk Malaysia yang berbangsa Cina dan India sekarang bukanlah terdiri daripada mereka yang dibawa masuk untuk tujuan berkerja di lombong timah serta ladang getah lagi. Mereka adalah generasi yang lahir dan membesar di Malaysia. Manusia jenis apakah kita yang memberi status warganegara yang berstatus bumiputera hanya kerana mereka mengamalkan hidup cara Melayu kepada pendatang Kemboja, Indonesia dan Selatan Filipina tetapi masih menganggap rakyat kita sendiri iaitu rakyat daripada kaum Cina dan India sebagai kelas kedua yang ditidakkan untuk menikmati "perk" sebagai rakyat Malaysia?
NEP Hanya Relevan Untuk Bumiputera Sabah , Sarawak dan Orang Asli di Semenanjung
NEP yang diperkenalkan lebih kurang 40 tahun lepas adalah bertujuan untuk menaikkan taraf hidup kaum Melayu agar ianya sama dengan penduduk yang lain dalam kes Malaysia, sama dengan kaum Cina.
NEP pada dasarnya telah berjaya mencapai objektifnya. Tetapi untuk kaum Melayu menyamai taraf pencapaian rakyat yang berbangsa Cina adalah mustahil. Kerana kaum Cina dan Yahudi merupakan kaum pilihan tuhan. Pepatah ada mengatakan bahawa kaum Cina kalau diletakkan di tengah-tengah pulau ataupun di tengah gurun pasir yang gersang , mereka akan dapat meneruskan kehidupan. Tetapi kalaulah bangsa Malaysia yang lain diletakkan di tempat yang sama akan mati kebuluran.
Di sebalik kejayaan NEP di dalam menaikkan taraf kaum Melayu, tetapi pemimpin yang terdahulu masih melakukan kesilapan kerana hanya memberikan tumpuan kepada kaum tertentu tetapi melupakan kaum India. Ini telah menyebabkan kaum India hidup melarat serta jauh ketinggalan kalau dibandingkan dengan kaum Cina dan Melayu. Perkara ini juga menyebabkan kadar jenayah yang tinggi dilakukan oleh kaum India.
NEP dari segi tujuannya masih diperlukan di Sabah dan Sarawak dan juga kepada kaum orang Asli di Semenanjung. Ketiga-tiga kaum ini masih memerlukan NEP kalau tidak Malaysia tidak akan dapat mencapai Wawasan 2020.


Salah sebuah daripada rumah panjang di kawasan N25-balai Ringin. Kalau kita tengok di dalam surat khabar Sarawak, hampir tiap hari kita akan dengar pemimpin-pemimpin BN terutama yang berbangsa Iban yang mengatakan hanya kerajaan BN yang dapat membawa kemajuan kepada penduduk rumah panjang. Inikah kemajuan yang dinyatakan? Dengan tiada kemudahan asas bekalan letrik, air bersih dan jalanraya..

  
Di dalam tulisan saya yang lepas, saya telah menyentuh kedaifan hidup penduduk rumah panjang iaitu kampung Gayau, yang terletak di bawah N25-balai Ringin . Semenjak mencapai kemerdekaa serta penyertaan di dalam Malaysia 43 tahun yang lampau, tidak ada perubahan yang ketara berlaku terhadap kaum Iban serta peribumi yang lain.
"Semenjak penubuhan Malaysia sehingga sekarang tidak ada perubahan yang berlaku. Kalau dulu tak ada letrik sekarangpun sama, kalau dulu tidak ada jalan raya, sekarangpun masih menggunakan jalan sungai, jadi apakah kemajuan yang kerajaan war-warkan ?" kata seorang penduduk daripada Ulu Baram semasa konvensyen PKR yang diadakan pada pertengahan tahun 2009.
Statistik mengatakan bahawa 90 peratus daripada keseluruhan rumah panjang di Sarawak masih tidak ada bekalan elektrik dan kemudahan jalan raya, dan 60 peratus daripada mereka masih lagi hidup di bawah paras kemiskinan. Oleh yang demikian, Malaysia seharusnya berusaha agar rakyat peribumi Sabah-Sarawak dapat meningkatkan taraf ekonomi dan sosial mereka setaraf dengan penduduk malaysia yang lain.
Dari segi kemudahan bekalan letrik, jalan raya dan air bersih, penduduk Orang Asli mempunyai nasib yang jauh lebih baik daripada penduduk peribumi Sabah-Sarawak. Walau bagaimanapun dari segi ekonomi, mereka tidak jauh ketinggalan daripada peribumi Sabah-Sarawak . Oleh itu usaha hendaklah dilakukan oleh kerajaan untuk menaikkan taraf ekonomi Orang Asli.

Kesimpulan
UMNO seharusnya tidak bersifat perkauman kerana rakyat berbilang kaum memerlukan antara satu sama lain. Pemimpin Malaysia seharusnya menjaga kepentingan semua kaum kerana keamanan Malaysia hanya dapat dikekalkan dengan kerja-sama serta semangat toleransi antara kaum.
Dasar NEP dalam keadaan sekarang hanya boleh dipakai untuk menaikkan taraf hidup kaum peribumi Sabah-Sarawak serta kaum Asli di Semenanjung .
UMNO merupakan parti rasis-melampau yang hanya menekankan kepentingan kaum Melayu semata-mata. Sekiranya rakyat Malaysia sayangkan keamanan di mana kaum yang berbilang kaum dapat berkerjasama serta menghapuskan syak wasangka terhadap satu sama lain, maka saya menyeru agar rakyat Malaysia semua berani untuk berubah.......SINGKIRKAN KERAJAAN BARISAN NASIONAL YANG DIPIMPINAN OLEH UMNO YANG BERSIFAT RASIS MELAMPAU DAN UNDILAH PAKATAN RAKYAT (PR)!
Mupok Aku AGI IDUP AGI NGELABAN

Comments :

0 comments to “ UMNO Semakin Berani Memainkan Isu Perkauman ”

Post a Comment

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Chitika

BlogTopsites

Politics Blogs - Blog Top Sites

MyBlogLog

Google Rank

Alexa Ranking

Technorati

BlogSearch Engine

BlogRanking

Politics Blogs - Blog Rankings