Remaung6renjer

Nuffnang

Sunday, January 10, 2010

Perbuatan Membakar Gereja Mungkin Didalangi Oleh UMNO Serta Elemen Luar



Sabar itu separuh daripada Iman!
Itu adalah merupakan perkataan yang biasa di dengar di kalangan orang Islam Malaysia terutamanya apabila berdepan dengan perkara yang boleh menggugat kesabaran seseorang.
Tetapi pada pagi Jumaat, 8 Januari 2009, Malaysia telah dikejutkan dengan kebakaran tiga buah gereja iaitu gereja Metro Tabernacle yang terletak di Desa Melawati, gereja The Life Chapel yang terletak di Seksyen 17 Petaling Jaya dan gereja Catholic Assumption yang juga terletak di Petaling Jaya. Pada malam Sabtu, 9 Januari 2009, pembakaran gereja telah merebak ke utara Semenanjung di mana All Saints’ Church dan Sekolah Convent Convent l telah dibaling dengan bom molotov tetapi gagal meletup.





Semua perbuatan khianat membakar gereja di atas adalah dipercayai dilakukan oleh orang-orang Islam yang dijangka tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan Gereja Katolik menggunakan perkataan "Allah" di dalam edisi Bahasa Malaysia Majallah the Herald, pada 31 Disember 2009.

Pengaruh Luar Mungkin Terlibat

Pembakaran rumah ibadat merupakan perkara yang jarang berlaku di Malaysia selepas peristiwa 13 Mei 1969. Kebanyakan orang Islam di Malaysia adalah terdiri daripada kaum Melayu walaupun ,1% daripada mereka menganut agama Kristian. Kebanyakan mereka mengamalkan sikap toleransi terhadap penganut agama lain seperti Kristian, Hindu dan Buddha.


The Good Shepherd Lutheran Church in southwest Kuala Lumpur was the latest target. There were no reports of injuries. -- PHOTO: AFP

Peristiwa pembakaran gereja yang berlaku sekarang merupakan peristiwa yang harus di ambil berat oleh semua pihak. Daripada pemerhatian saya, peristiwa pembakaran gereja ini mungkin dipengaruhi oleh apa yang berlaku di Pakistan, Mesir dan juga Indonesia. Sebab kedua, mungkin merupakan perbuatan yang berunsur politik, yang pada jangkaan saya didalangi oleh UMNO yang telah kehilangan sokongan kaum Melayu yang majoriti beragama Islam. Adalah dipercayai perbuatan ekstrim ini akan mengembalikan sokongan kaum Melayu terhadap UMNO.
Orang Melayu seperti yang saya ketahui merupakan orang yang baik dan berbudi bahasa. Tetapi mereka mungkin telah terpengaruh oleh laporan media -massa atau internet tentang perbuatan kejam penganut Islam terhadap orang-orang Kristian di seluruh dunia yang majoriti penduduknya Islam, terutamanya di ketiga-tiga buah negara Pakistan, Mesir dan negara jiran Indonesia. Di antara kekejaman terhadap orang kristian di negara berkenaan adalah seperti berikut :-
Di Pakistan, yang mana 1.5% daripada penduduknya adalah Kristian merupakan negara yang mengamalkan kekejaman terhadap orang Kristian. Di antara kekejaman yang dilakukan adalah seperti menjatuhkan hukuman bunuh terhadap orang Kristian yang deidapati menghina Islam, menyerang secara kejam seperti mengebom, membakar dan menembak kumpulan Kristian tatkala mereka berada di gereja-gereja.
Di Mesir, kekejaman terhadap orang Kristian memang merupakan perkara biasa yang berlaku. Di anatara kekejaman yang dilakukan adalah melakukan serangan oleh orang Muslim terhadap Coptic Christians.
Di negara jiran Indonesia, walaupun majoriti daripada penduduknya lebih sederhana  ajaran Islamnya terutamanya selepas kejatuhan rejim Suharto kalau dibandingkan dengan di Malaysia, tetapi kekejaman oleh penduduk Muslim terhadap penganut Kristan masih berlaku. Di antara kekejaman yang dilakukan adalah seperti membakar gereja, serta pembunuhan secara berleluasa  penganut Kristian.
Contoh-contoh di atas adalah di antara kekejaman yang dilakukan di Pakistan, Mesir dan Indonesia. Walaubagaimanapun kekejaman terhadap orang Kristian bukan hanya berlaku di ketiga-tiga buah negara Islam berkenaan tetapi turut juga berlaku di negara-negara  di seluruh dunia yang penduduknya kajoriti adalah beragama Islam .

Mungkinkah Ada Pengaruh Dalaman Yang Mempengaruhi Tindakan Pelampau Ini?

Perkara yang amat membimbangkan kita adalah sekiranya perbuatan khianat ini dipengaruhi oleh anasir politik. Semua maklum bahawa undi Melayu telah berpecah kepada dua, iaitu kepada PAS dan juga UMNO. Perkara ini dapat dibuktikan pada PRU12 pada tahun 2008 di mana BN serta UMNO telah hilang majoriti 2/3.
PAS bersama Pakatan Rakyat, telah menyuarakan bahawa mereka bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang  membenarkan penganut agama Kristian menggunakan perkataan Allah. Malahan Tuan Guru Nik Aziz sendiri telah menyuarakan pendapatnya lebih terbuka berkenaan dengan perkara tersebut pada 3 Januari 2010. Manakala UMNO telah tidak bersetuju dengan keputusan ini. Perkara ini dapat dibuktikan dengan keputusan Jabatan Perdana Menteri yang telah berjaya menangguhkan perlaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi pada 6 Januari 2010.
Sma ada sedar atau tidak, UMNO tidak akan berjaya memerintah Malaysia tanpa sokongan penganut agama lain. Oleh itu untuk menentang keputusan Mahkamah Tinggi, kalangan penyokong UMNO yang ekstrim ini telah bertindak dengan menggunakan nama NGO. NGO ini telah terang-terang menentang keputusan mahkamah tetapi yang peliknya kenapa mereka ini tidak dikenakan tindakan menghina mahkamah? Saya ada jawapannya dan saya percaya pembaca lain pun tahu tentang sebabnya.

Apa Akan Jadi Sekiranya Kejadian Merebak Ke Sabah dan Sarawak.

Semasa masih di dalam peringkat perancangan penubuhan Malaysia, di antara perkara yang sangat dikhuatiri oleh pemimpin-pemimpin Sarawak terutamanya Dayak/Iban adalah supression oleh Malaya terhadap agama Kristian, yang merupakan agama yang  dianuti oleh majoriti penduduk Sarawak. Dan nampaknya apa yang dikhuatiri berlaku telah benar-benar berlaku.
Perbuatan yang tidak bertanggungjawab oleh penganut yang beragama Islam di Semenanjung ini dikhuatiri akan merebak ke Sarawak. Sekiranya ini berlaku, ianya akan mendatangkan kasualti yang lebih besar. Ini kerana sekiranya kekacauan merebak ke Sarawak, ianya akan melibatkan kaum Iban/Dayak yang mempunyai semangat kayau yang tinggi. Sebagai contoh, Kekacauan etnik yang berlaku di KALBAR di antara kaum dayak dan Madura yang telah mengorbankan korban yang banyak,  mungkin akan berlaku di sini. Walaupun isunya agak berbeza tetapi cirinya adalah sama, iaitu orang Iban/Dayak beragama Kristian, menentang kaum Melayu yang beragama Muslim.
Di Sabah, sejarah telah membuktikan bahawa hubungan antara Orang Kristian dan Islam di sana lebih vulnerable, ini dapat dibuktikan dengan kejadian di mana pada 6 Januari 2010 sekumpulan penduduk beragama Kristian di Penampang telah dihalang daripada berdemontrasi secara aman olek KPD Penampang (Yang peliknya orang Islam di Kuala Lumpur telah dibenarkan berdemontrasi pada 9 Januari 2010). Selain daripada itu, hubungan agama di Sabah telah tercemar semnenjak daripad konflik USNO-PBS dahulu.

Orang Kristian Harus Rasional Dan Jangan Mengikut Rentak Islam

Daripada apa yang berlaku di seluruh dunia, didapati bahawa penganut atau negara-negara Kristian mempunya tahap teloransi yang lebih tinggi daripada penganut Islam atau negara-negara Islam . Penganut agama Kristian di Malaysia adalah diingatkan agar mengikut seruan Kitab Injil yang menyeru umatnya supaya bersifat memaafkan. Sekiranya orang Kristian mengikut rentak orang pengikut Islam , nescaya  keamanan yang telah kita kecapi sekian lama akan berakhir di dalam sekelip mata.
Kepada UMNO, ingatlah jangan berselindung di sebalik NGO di dalam memperjuangkan hak orang Melayu/Muslim.
Khas kepada penganut Kristian di Sabah dan Sarawak, bersabarlah sebab apa yang berlaku kepada kita pada hari ini adalah atas kesilapan pemimpin kita yang lepas, yang bersetuju untuk menyertai Malaysia. Oleh yang demikian, kepad pemimpin Kristian di Sabah dan sarawak pada hari ini...saya ingin ingatkan agar semua sekeliannya beranilah untuk bercakap serta bertindak sebab keputusan yang dibuat oleh pemimpin pada hari ini akan mempengaruhi masa depan orang Kristan Malaysia pada masa hadapan! Jadilah pemimpin yang diingati kerana perjuangan dan bukan kerana pengecut dan mengikut telunjuk UMNO...

Thank You.

Comments :

0 comments to “ Perbuatan Membakar Gereja Mungkin Didalangi Oleh UMNO Serta Elemen Luar ”

Post a Comment

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Chitika

BlogTopsites

Politics Blogs - Blog Top Sites

MyBlogLog

Google Rank

Alexa Ranking

Technorati

BlogSearch Engine

BlogRanking

Politics Blogs - Blog Rankings