Remaung6renjer

Nuffnang

Wednesday, October 14, 2009

Pemantauan Pilihanraya Kecil Bagan Pinang-Kredibiliti Dua Agensi Kerajaan SPR dan SPRM(MACC) Dipertikaikan

Walaupun menurut Seksyen 19(1) (a) dan (b) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, calon-calon yang bertanding dalam pilihan raya umum hendaklah berbelanja tidak melebihi had yang ditetapkan iaitu untuk calon Parlimen RM200,000 dan calon DUN RM100,000, tetapi setakat ini sejauh manakah SPR atau MACC memantau mana-mana calon pilihanraya agar mematuhinya.
Semenjak PU12-2008 sebanyak 9 pilihanraya kecil (PK) telah diadakan. Setiap kali ianya diadakan BN akan membelanjakan berjuta-juta ringgit di dalam bentuk perlaksanaan projek oleh BN demi untuk merasuah para pengundi. Daripada sembilan PK ini, BN telah berjaya memenangi 2 daripadanya. Dan dikedua-dua tempat di Batang Ai dan Bagan Pinang, BN telah merahsuah pengundi dan berjaya di dalam kedua-dua kawasan berkenaan. Di lubok Antu BN telah menabur projek pembangunan bernilai beratus juta ringgit di samping wang poket berjumlah ratusan ringgit untuk setiap pengundi. Di Bagan Pinang seperti yang dilaporkan oleh Sarawak Headhunter ,BN bukan hanya menggunakan wang saku serta projek pembangunan untuk membeli undi tetapi makanan kering juga turut telah digunakan.
Di sebalik bukti-bukti yang dilaporkan oleh bloggers, apakah tindakan kedua-dua ajensi kerajaan berkenaan? Sememangnya rakyat Malaysia serta dunia sedia maklum, bahawa hasrat kerajaan Najib untuk menghapuskan rasuah hanya rethoric semata-mata (tidak menghairankan kerana Najib sendiri merupakan pemimpin yang korup begitu jua kebanyakan pemimpin-pemimpin di dalam UMNO yang lain (malahan Tan Sri Isa sendiri yang baru memenangi PK Bagan Pinang merupan seorang pemimpin yang korup).
Cuba perhatikan sekiranya perkara yang sama berlaku kepada PAKATAN. Sedangkan saudara Teoh Beng Hock, hanya kerana mahu mengaitkannya dengan tuduhan rasuah bernilai kurang daripada RM 200, dia telah disiasat dengan tidak berperikemanusiaan serta menemui ajal.
Saya merasa tertarik dengan laporan yang dibuat oleh National Institute for Electoral Integrity (NIEI) dan disiarkan di dalam Merdeka Review bertarikh 12 Okt 2009. NIEI melaporkan seperti berikut :

National Institute for Electoral Integrity (NIEI) telah memantau perjalanan pilihanraya kecil (PRK) bagi kerusi DUN Bagan Pinang (N 31) bermula dari hari penamaan calon pada 3 Oktober sehinggalah berakhirnya proses pengundian pada 11 Oktober 2009.
Di dalam pemantauan pilihanraya, terdapat dua kaedah yakni stationary monitoring (pemantau ditugaskan untuk tunggu di setiap tempat mengundi) dan mobile monitoring (pemantau bergerak).
NIEI menggunakan kaedah mobile monitoring di mana pemantau-pemantau NIEI bergerak untuk memantau perjalanan pilihanraya di dalam kawasan N 31 bermula dari proses penamaan calon, tempoh berkempen dan hari mengundi.
Di dalam pemantauan NIEI di kerusi N 31, terdapat beberapa perkara yang telah mencemarkan PRK yang seharusnya telus, bebas dan adil. Di antaranya ialah:

1.Ketidaktelusan pengundian pos


Terdapat dakwaan bahawa senarai pengundi pos tentera yang diwartakan dan diberikan kepada calon-calon yang bertanding berbeza dari senarai pengundi pos tentera yang dipaparkan pada hari mengundi pos 8 dan 9 Oktober 2009.
Selain daripada itu, terdapat juga dakwaan bahawa terdapat pengundi-pengundi pos yang didaftarkan lebih dari satu kem serta pesara-pesara tentera masih lagi terdapat dalam daftar pengundi pos.Yang lebih menyedihkan lagi, SPR langsung tidak mengendahkan syak wasangka ini dan tidak membersihkan nama mereka dan maruah sebagai badan penggendali pilihanraya tidak dipertahankan.Oleh yang demikian, bagi memastikan proses pengundian pos tidak lagi dipertikaikan pada masa akan datang, NIEI mencadangkan agar kaedah dan prosedur pengundian pos hendaklah dikaji semula dan diubah supaya ianya telus dan diyakini oleh rakyat.
Dari pengalaman pemerhatian NIEI di luar negara, Thailand dan Filipina yang mengalami konflik ganas, pengundian secara normal digunakan bagi anggota tentera mereka. Pusat pengundian yang dikendali sepenuhnya oleh SPR - serta hak-hak yang sama bagi agen parti, pemantau tempatan dan pemerhati antrabangsa - dibuka di dalam kem-kem tentera.
Jika terdapat undi pos tentera, ianya akan dikendalikan sepenuhnya oleh SPR negara tersebut. Tidak timbul langsung kontraversi senarai nama pengundi anggota tentera di sana.

2. Rasuah politik, penyalahgunaan jentera kerajaan dan politik janji


Rasuah politik, penyalahgunaan jentera kerajaan dan politik janji masih lagi berleluasa dalam PRK N 31 Bagan Pinang. Pemberiaan projek-projek kerajaan kepada penduduk Bagan Pinang semasa tempoh berkempen dilakukan secara berleluasa. Banyak kementerian-kementerian seperti Kementerian Penerangan, Kementerian Pertanian dan Asas Tani, Kementerian Pendidikan serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna digunakan untuk memberikan "rasuah politik" kepada pengundi Bagan Pinang secara terbuka.
Selain daripada itu, penyalahgunaan jentera kerajaan turut dilakukan secara berleluasa. Kedua-dua pihak yang bertanding dilihat menyalahgunakan harta rakyat terutama kenderaan milik kerajaan Persekutuan, Negeri dan Tempatan. Manakala UMNO-BN memonopoli dewan orang ramai, sekolah, KEMAS dan JKKK sebagai markas parti.
Amalan ini adalah satu kesalahan besar kerana seharusnya harta milik kementerian, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan tidak boleh digunakan bagi parti-parti politik yang bertanding semasa berkempen dalam pilihanraya.
Untuk memastikan pilihanraya akan datang adil kepada semua pihak yang bertanding, NIEI mencadangkan agar politik wang, janji peruntukan projek, projek kilat, salahguna jentera negara dan salahguna kemudahan awam hendaklah dihapuskan.
Di negara-negara jiran, terutamanya Thailand, Nepal dan Taiwan amalan ini diharamkan. Kesalahan bersabit dengannya akan diambil tindakan keras, iaitu SPR-nya akan membatalkan calon bersalah daripada bertanding, atau dibatalkan kemenangan mereka.
Untuk menghapuskan amalan ini, undang-undang anti rasuah politik dan penyalahgunaan harta awam hendaklah digubal seperti yang dilaksanakan di Thailand dan Taiwan.

3. Perayu undi, tukang sorak dan pengangkutan yang disediakan oleh parti politik pada hari mengundi


Amalan merayu undi dan tukang sorak telah menyebabkan ketegangan berlaku pada hari mengundi. Apabila perayu-perayu undi dari kedua-dua parti politik bersaing untuk merayu undi berhampiran dengan tempat pembuangan undi, ianya menggangu pengundi-pengundi untuk melaksanakan tanggungjawab mereka.
Selain daripada itu kemudahan pengangkutan yang disediakan oleh parti politik untuk mengangkut pengundi turut menyesakkan keadaan di hadapan tempat pembuangan undi yang biasanya dilaksanakan di sekolah.
Bagi memastikan pengundi-pengundi dapat berfikir dengan tenang sebelum masuk ke tempat pembuangan undi, NIEI menyarankan agar amalan merayu undi, tukang sorak dan penyediaan kemudahan pengangkutan untuk mengangkut pengundi dihapuskan.
Sebagai ganti, tempoh berkempen bolehlah diperpanjang seperti dua minggu bagi pilihanraya kecil dan sebulan bagi pilihanraya umum. Parti-parti politik bukan kerajaan yang sering tidak mendapat tempat di media arus perdana aktif berkempen pada hari mengundi oleh kerana tidak mendapat liputan yang adil oleh media arus perdana dan tempoh berkempen yang singkat, jika tempoh berkempen diperpanjangkan, semua pihak akan mendapat masa yang cukup untuk berkempen.
Selain daripada itu, SPR bolehlah menyediakan kenderaan untuk mengangkut pengundi seperti van, kereta dan motosikal sebagai alternatif kepada kenderaan-kenderaan yang disediakan oleh parti politik.

4. Perbelanjaan berkempen


Dalam PRK Bagan Pinang, dapat disimpulkan bahawa perbelanjaan yang digunakan untuk berkempen bagi calon BN, Isa Samad telahpun melebihi had yang ditetapkan iaitu RM 100,000 bagi calon DUN.
Menurut Seksyen 19(1) (a) dan (b) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, calon-calon yang bertanding dalam pilihan raya umum hendaklah berbelanja tidak melebihi had yang ditetapkan iaitu untuk calon Parlimen RM200,000 dan calon DUN RM100,000.
Akta ini harus digubal semula dan harus menyatakan bahawa ianya termasuklah kepada parti politik yang menyokong sesuatu calon tersebut. Kerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACC) bolehlah dilakukan untuk memperketatkan lagi pemantauan perbelanjaan kempen.

NIEI berharap agar isu-isu yang dibangkitan akan diambil perhatian serius oleh SPR agar perjalanan pilihanraya di Malaysia dapat menjadi lebih baik pada masa akan datang. Semua parti politik yang bertanding diseru agar bekerjasama bagi memastikan proses perjalanan pilihanraya di Malaysia menjadi lebih adil, telus dan saksama. Pilihanraya yang berkredibiliti akan meyakinkan lagi rakyat dengan amalan demokrasi di Malaysia.
*Kenyataan media oleh Amin Iskandar, Pengarah Eksekutif National Institute for Electoral Integrity (NIEI) berkenaan dengan pemantauan dalam PRK Bagan Pinang (N31)

BN mungkin memanipulasi undang-undang yang mereka cipta. Tetapi mereka harus ingat bahawa mereka tidak akan berkuasa selama-lamanya. Sekiranya ini berlaku mereka akan menrima balanya dan didakwa atas undang-undang yang mereka sendiri telah cipta...
Mupok Aku

"Agi Idup Agi Ngelaban"

Sarawak natives go to court over controversial dam construction


KUCHING – Six villagers from two settlements in upper Bengoh district have gone to court in an attempt to stop the building of the planned RM310mil Bengoh dam, covering about 1,600ha.

Once completed, the dam would store about 144.1 million cubic metres of water, which will be supplied to the Batu Kitang treatment plant. This would increase the plant’s current capacity of 786 mega-litre per day (MLD) to 2,047 MLD for use by consumers in Kuching and Kota Samarahan.
However, it will also affect four settlements - Kampung Tebak Sait, Kampung Bojong Pain, Kampung Rejoi and Kampung Semban, involving some 394 families.
Villagers Simo anak Sekam, Tasek anak Ayau, Eddie anak Aheng, Bodui anak Dayu, Bungai anak Bengem and Sirus anak Jon filed a suit at the Kuching High Court registry Monday morning to stop the authorities from continuing to construct the dam, alleging it affects their native customary rights (NCR) land.

Claiming on behalf of affected families

The six filed the suit, on behalf of themselves and 25 other families, proprietors, occupiers, holders and claimants of the NCR land situated at Kampung Bojong and Kampoung Rejoi. They were accompanied by lawyer See Chee How of legal firm Baru Bian Advocates and Solicitors.
See said later that the area has now been leased to a company known as Salcrajaya Sdn Bhd, a two RM2 company with Sarawak Deputy Chief Minister Alfred Jabu listed as one of the directors.
The other director is Salcra general manager, Vasco Sibat Singkang. The six villagers filed their legal action against construction team Nain Cendera Sdn Bhd (a company linked to close associates and relatives of Chief Minister Abdul Taib Mahmud), Kuching Division superintendent of lands and surveys, the Sarawak state government and the Government of Malaysia, to stop them from continuing the construction of the dam.
“We want a prohibitory injunction restraining the first defendant (Naim Cendera) and/or its employees, servants and/or agents from trespassing, clearing, using or occupying the NCR land,” the villagers said.
They also want a mandatory injunction against Naim Cendera to cease operations and to remove all structures and equipment as well as machinery from the land concerned.

Wrong and unlawful to complete dam

In their writ they also want the court to declare that it was wrong, illegal and unlawful of the company as well as the state and Federal governments to construct and complete the proposed dam.
The villagers also want a declaration order from the court that the contract between the Federal Government and Naim Cendera to design and construct the dam, which covers the natives’ NCR land, is unlawful, improper, unconstitutional and therefore null and void.
Alternatively, they want a declaration that the contract between Federal Government and Naim Cendera that the design and construction of the proposed project does not affect the plaintiffs’ NCR title.
The villagers claim that the construction of the dam impairs the plaintiffs’ rights to property in a manner which is discriminatory and unfair.

Against the Federal constitution

They added that it was also based on criteria which are not applicable to the right to property acquired and held by non-natives.
Further and in the alternative, they said the contract between the fourth defendant (Federal Government) and the first defendant (Naim Cendera) to design and construct the dam was unconstitutional as it was issued on violation of Article 13 of the Federal Constitution (no confiscation of property without adequate compensation.)
The villagers claim damages, exemplary damages; alternately aggravated damages, interest, costs and such further or other relief the Court deems fit and just.

The villagers use historical information and documents to back their claims.

Under the plan, families affected by the building of the dam will be resettled at an area of 3,000ha near Kampung Semadang not far from Bau.
(13 October 2009)

 
By Joseph Tawie, malaysianmirror.com

Calon tercalit dengan rasuah wang tebus maruah UMNO-BN

Akhirnya, UMNO-BN berjaya menebus maruah dengan seorang calon yang tercalit imejnya, Mohd Isa Abdul Samad apabila menamatkan kekalahan dalam pilihan raya kecil di Semenanjung Malaysia selepas 8 Mac 2008. Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan ini kembali semula ke gelanggang politik dengan kemenangan majoriti 5,435 undi di PRK Bagan Pinang. Pakatan Rakyat bukan sahaja gagal menembusi kubu UMNO-BN ini, malah gagal untuk mengurangkan undi majoriti yang diperolehi calon UMNO-BN dalam PRU ke-12. Calon PAS-PR, Zulkefly Mohamad hanya memperolehi 2,578 undi, berbanding Isa Samad yang mengaut 8,013 undi. PRK Bagan Pinang mencatat peratus pengundian setinggi 81.65%, dengan 233 undi rosak. PRU ke-12 menyaksikan kemenangan calon UMNO-BN, Allahyarham Azman Mohd. Noor dengan 6,430 undi, sementara calon PAS, Ramli Ismail memperolehi 4,097 undi. Peratus pengundian adalah 81.59%, dengan 384 undi rosak pada ketika itu. Dengan kata lain, undi majoriti yang diperolehi UMNO-BN bertambah sebanyak 3,102 undi. Malah, PRK Bagan Pinang ini memperlihatkan sokongan melangkaui kaum terhadap calon yang pernah disabitkan kesalahan kerana terlibat dalam politik wang ini. Keputusan ini diterjemahkan oleh Isa Samad sebagai sokongan rakyat terhadap konsep "1Malaysia" yang diuar-uarkan oleh PM Najib Razak.
UMNO: Kemelut atau harapan baru?
Keputusan PRK ini biarpun memacu momentum baru kepada UMNO-BN, bahkan mewujudkan suasana yang cukup mengghairahkan menjelang Perhimpunan Agung UMNO yang bakal berlangsung dalam minggu ini. Kemenangan yang didahagakan selama 19 bulan selepas "tsunami politik" ini, semestinya disambut dengan pujian yang melimpah dalam perhimpunan UMNO. Persoalannya, apa yang akan berlaku seandainya Isa Samad dinobatkan sebagai wira yang menebus maruah UMNO? Perebutan kuasa yang bakal tercetus sememangnya tidak dapat dielakkan. Kedudukan Mohamad Hassan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan mungkin terguling, malah kedudukan Timbalan Presiden Muhyiddin Yassin juga mungkin tergugat. Muhyiddin Yassin, memikul tugas sebagai Pengarah Pilihan Raya BN setelah mengambil alih jawatan Timbalan Presiden UMNO. Bermula dengan PRK Bukit Gantang, Bukit Selambau, Batang Ai, Manek Urai dan berakhir di Permatang Pasir, hanya satu kemenangan dikecapi, itu pun di luar Semenanjung Malaysia. Maka, jasa kemenangan kali ini akan dikalungkan pada leher Isa Samad, terutamanya oleh penyokong setianya dalam UMNO. Apa yang lebih penting daripada itu, pencalonan dan kemenangan besar Isa Samad semestinya diterjemahkan sebagai penerimaan rakyat terhadap pemimpin yang tercalit dengan rasuah. Maka, pemimpin seperti Ali Rustam, Muhd Muhd Taib dan pemimpin-pemimpin yang pernah tercalar imej itu, mempunyai alasan yang cukup munasabah untuk bangkit semula dalam parti. Lebih-lebih lagi, penolakan rakyat dalam pilihan raya kecil sebelum ini akan dibaca sebagai "terpukau dengan janji dan pembohongan pembangkang", dan bukannya tuntutan untuk perubahan. Oleh itu, "rakyat yang kini sedar dari mimpi dan khayalan " telah kembali menyokong UMNO-BN.
Pengajaran untuk PR
Walaupun kekalahan sememangnya dijangkakan dari awal, namun kekalahan dengan majoriti yang besar tetap merupakan tamparan sengit kepada PAS-PR. PR didodoikan dengan suasana yang memberangsangkan selepas tsunami politik PRU ke-12. Kekalahan PRK Bagan Pinang pasti memberi pengajaran kepada PR dalam beberapa aspek. Pertamanya, usaha menuntut sistem pilihan raya yang adil dan bersih sebelum ini terbantut, setelah kemenangan dalam PRU ke-12. Kawasan seperti Bagan Pinang menyedarkan PR bahawa isu ketidakadilan dalam sistem pilihan raya masih belum selesai. Keduanya, PR melihat bahawa rakyat tetap akan memberi sokongan kepada PR, berdasarkan betapa buruknya BN, dan tidak mengambil kira sejauh manakah prestasi dan mutu PR. Perbalahan sesama sendiri dalam PR dianggap akan mendapat toleransi daripada rakyat kerana "ia sekadar mainan media, atau diperbesarkan oleh media". Pengundi Bagan Pinang memberi jawapan yang sememangnya di luar jangkaan PR. Persoalan kini yang wajib direnungi PR ialah, berapa lagi Bagan Pinang yang ada di Malaysia?
*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Melayu.
Blog Widget by LinkWithin

Chitika

BlogTopsites

Politics Blogs - Blog Top Sites

MyBlogLog

Google Rank

Alexa Ranking

Technorati

BlogSearch Engine

BlogRanking

Politics Blogs - Blog Rankings