Remaung6renjer

Nuffnang

Monday, October 26, 2009

PKR Sarawak berdepan dengan masalah pemilihan calon


Ranjau yang lebih mencabar menanti saudara Baru Bian di hadapan. Satu pukulan kepada kaum Iban yang buat masa sekarang tidak mempunyai  pemimpin yang karismatik di dalam PKR.

Tahniah diucapkan kepada saudara Baru Bian di atas perlantikan beliau sebagai Ketua Perhubungan PKR Sarawak. Di dalam penyataan akhbar kepimpinan PKR pusat pada Ahad, 25 Okt 2009 telah menamakan bahawa Baru Bian adalah Ketua Perhubungan PKR Sarawak yang baru menggantikan Mustaffa Kamil Ayub.
Perlantikan beliau telah menamatkan spekulasi tentang keyakinan PKR pusat terhadap kepimpinan PKR negeri. Baru Bian merupakan seorang peguam yang terkenal di Sarawak terutamanya di dalam kes-kes yang melibatkan tanah adat. Beliau merupakan bekas penyokong PBDS serta terlibat di dalam penubuhan Malaysian Dayak Congress (MDC) tetapi tidak diluluskan oleh ROS atas sebab keselamatan.

Diharap perlantikan DDT (Lagenda kepimpinan Iban) dapat membantu Baru Bian meraih sokongan kaum Iban!
Dengan masalah perlantikan Ketua Perhubungan negeri telah dapat diselesaikan, saudara Baru Bian seharusnya tidak berdiam diri, ini kerana di hadapannya masih banyak perkara yang harus diselesaikan. Salah satu daripadanya adalah bagaimana beliau dapat mendapat sokongan akar umbi yang majoritinya adalah terdiri daripada kaum Iban. Tetapi saya berpendapat bahawa PKR pusat telah dapat menghidu perkara ini dengan perlantikan Datuk Daniel Tajem (DDT) sebagai penasihat. DDT yang merupakan lagenda pemimpin Iban alaf moden ini merupakan seorang pemimpin kaum Iban yang sangat dihormati. Adalah diharapkan dengan perlantikannya, sokongan kaum Iban terhadap PKR dapat dipertingkatkan.
Perkara pertama telah selesai, tetapi PKR bakal berdepan dengan perkara yang lebih berat, iaitu pemilihan calon yang akan bertanding. PKR seharusnya tidak mengambil ringan perkara ini. Kebanyakan ahli yang menyertainya adalah terdiri daripada mereka yang tidak mendapat tempat untuk menjadi calon di dalam BN (bukan atas sebab tidak layak tetapi oleh kerana semangat kroni di dalam BN yang cenderung memilih ahli keluarga masing-masing seperti yang diamalkan oleh Taib Mahmud dan Alfred Jabu untuk bertanding).
Dalam tulisan saya pada kali ini saya ingin menyentuh apa yang berlaku di kawasan N25 Balai Ringin. Semasa artikel ini ditulis saya dimaklumkan bahawa di N25, seramai tiga orang yang telah mengewarkan untuk menjadi calon. Iaitu Ibi Uding (Ketua Wanita PKR Negeri), Cubbold John Lusoi dan seorang pesara guru. Daripada ketiga-tiga pemimpin ini, Cubbold merupakan calon yang paling sesuai .

Tidak mempunyai aura sebagai pemimpin untuk N25

Ibi Uding mungkin nampak popular di peringkat negeri tetapi kepada akar umbi terutamanya reputasinya tidak memberangsangkan di N25. Reputasinya telah tercemar pada PRU 12 yang lalu, di mana beliau telah menghilangkan diri di saat-saat akhir pilihanraya. Di samping itu Ibi juga tidak melibatkan diri secara aktif dengan aktiviti di N25 Balai Ringin. Dan perkara yang lebih utama, beliau bukan anak watan N25.

Pengelibatannya  secara langsung di dalam sengketa tanah adat di Jalan Ubah menggugat reputasinya sebagai calon!

Manakala pemimpin berikutnya iaitu saudara Cubbold John, merupakan seorang aktivis yang cukup dikenali di N25. Pada awalnya sangat di sukai di N25 tetapi reputasinya tercemar oleh kerana pengelibatannya di dalam sengketa dengan pemilik tanah adat di Jalan Ubah/Tekuyong/Isu/Sapak/Keranggas. Beliau melakukan kesilapan kerana menyokong bekas TR Masa Tekuyong di dalam sengketa tersebut. Sebagai seorang politik beliau seharusnya mengambil sikap yang neutral dan tidak terlibat secara langsung dengan sengketa tersebut.
Manakala seorang lagi pemimpin, iaitu bekas guru, saya berpendapat masa beliau telah berlalu untuk menjadi calon. Pada peringkat umurnya, beliau hanya layak untuk menajadi ketua cabang sahaja.
Saya berharap kepimpinan PKR negeri yang diketuai oleh Saudara Baru Bian mengamalkan sikap berhati-hati apabila memilih calon. Pelajari daripada kesilapan di Perak, Kedah dan Pulau Pinang. Elakkan memilih calon sekadar melepaskan batuk ditangga semata-mata.

PKR Sarawak seharusnya berhati-hati memilih calon untuk mengelakkan perkara yang sama di Perak berlaku di sini. Elakkan pemimpin yang bacu!

Ramai penganalisis berpendapat bahawa pembentangan Bajet 2010 sebagai persediaan BN untuk menghadapi PU 13. Untuk berjaya merampas Sarawak daripada BN, semua pihak terutamanya saudara Baru Bian seharusnya merombak strategi ini termasuklah pemilihan calon-calon yang akan bertanding.

Mupok aku

"Agi Idup Agi Ngelaban"

Comments :

0 comments to “ PKR Sarawak berdepan dengan masalah pemilihan calon ”

Post a Comment

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Chitika

BlogTopsites

Politics Blogs - Blog Top Sites

MyBlogLog

Google Rank

Alexa Ranking

Technorati

BlogSearch Engine

BlogRanking

Politics Blogs - Blog Rankings