Remaung6renjer

Nuffnang

Thursday, July 23, 2009

Dimanakah Rasa Hormat Penganut Islam Terhadap Agama Lain di Malaysia

Kejadian dua orang wartawan yang menyamar untuk mendapatkan maklumat tentang kes murtad di kalangan orang Islam merupakan kejadian yang seharusnya dipandang serius oleh pemimpin-pemimpin negara in tidak kira UMNO ataupun daripada Pakatan Rakyat. Di dalam misi penyiasatan mereka, kedua-dua wartawan yang beragama Islam itu telah menceroboh ke dalam gereja serta bersembahyang bersama-sama penganut kristian yang lain. Agama Kristian tidak melarang penganut agama lain daripada masuk ke dalam gereja. Tetapi mengambil roti suci oleh penganut agama lain ataupun oleh penganut Kristian yang belum "confirm" merupakan satu perbuatan yang dilarang, apatah lagi sekiranya perbuatan tersebut semata-mata untuk menghina kesucian agama kristian. Di negara ini penganut bukan Islam sangat menghormati acara keagamaan oleh penganut Islam, oleh yang demikian orang-orang Islam seharusnya menghormati penganut agama lain. Konflik keagamaan merupakan satu bencana sekiranya terjadi akan mendatangkan kesan yang buruk serta amat sukar untuk dipulihkan. Sejarah seharusnya mengajar kita untuk mengelakkan konflik agama daripada mengganggu keamanan negara ini. Dan dari segi kes pencerobohan ini, apa yang lebih memeranjatkan pemimpin-pemimpin Dayak-Kristian hanya mendiamkan diri di dalam hal ini. Adakah Masing, Jabu dan Manyin HANYA JAGUH KAMPUNG yang hanya boleh bercakap serta berbohong kepada penduduk rumah panjang? Pemimpin yang "versatile" (seperti yang Jabu, Masing dan Manyin menganggap dir mereka) seharusnya dapat memperjuangkan kepentingan masyarakat mereka. Adakah ketiga-tiga pemimpin ini pemimpin "versatile" atau hanya JAGUH KAMPUNG ? Begitu juga Kita mahu ulama-ulama serta pemimpin Islam mengecam perbuatan biadap kedua-dua wartawan Majallah al-islam tersebut.
Sila baca selanjutnya laporan oleh Malaysiakini tentang kejadian tersebut di bawah :- Malaysiakini.
Roti suci yang diberi makan kepada penganut Kristian menjadi isu besar terhadap wartawan Al-Islam yang menyamar untuk menyiasat dakwaan wujudnya usaha memurtadkan gadis bertudung. Dalam satu laporan polis minggu lalu terhadap majalah bulanan tersebut, dua penganut Kristian turut meminta roti putih itu dikembalikan kepada pihak gereja. Dalam artikel "Tinjauan Al Islam Dalam Gereja: Mencari Kesahihan Remaja Melayu Murtad" yang diterbitkan dalam edisi Mei lalu, roti tersebut diluahkan dari mulut penulis untuk diambil foto. Dalam aduan Joachim Francis Xavier dan rakannya Sudhagaran Stanley di balai polis daerah Timur Laut, Pulau Pinang, tindakan wartawan lelaki tersebut juga dianggap menghina Katholik. "Perbuatan dua lelaki ini iaitu meninjau di dalam gereja, menerima roti putih ini (daripada paderi), meludah keluar roti putih tersebut bagi tujuan mengambil gambar dan kemudian menulis mengenai pengalaman tersebut dalam majalah Al-Islam merupakan perbuatan yang amat menghinakan kepada umat Katholik dan berprovokasi," aduan polis 8 Julai lalu dipetik. "Kami juga meminta polis supaya pihak Al-Islam mengembalikan secepat mungkin roti putih tersebut kepada pihak atasan gereja." Mereka juga dilaporkan mendakwa perbuatan wartawan itu sebagai "pencerobohan" satu majlis keagamaan di gereja dan boleh dianggap mempermain-mainkan ajaran agama tersebut. Joachim memberitahu Malaysiakini dalam program video "Citizen Journalism" semalam, wartawan itu hadir di gereja dengan tanggapan yang salah. "Isunya ialah mereka mengintip tentang aktiviti gereja yang pada sangkaan mereka menjalankan aktiviti memurtadkan orang Islam tertentu kepada agama Kristian," katanya.
Jadi mereka datang dalam keadaan andaian yang salah, (dan membuat) laporan salah. Bukan itu sahaja malah mereka juga tidak memahami maksud tubuh Isa."Sementara Sudhagaran, ditemubual dalam video "Police report against Al-Islam", berkata setelah membelek-belek majalah tersebut, beliau rasa terkejut dan marah dengan gambar roti suci di majalah tersebut sehingga mendorongnya dan Joachim membuat aduan polis.Artikel Muhammad Ridhwan Abdul Jalil tentang pengalamannya di dua gereja, termasuk sebuah dekat Puduraya, dimuatkan di halaman 28-30 edisi Mei yang menfokuskan isu "Al-Islam Masuk Gereja Cari Gadis Bertudung Murtad".
Bagaimanapun siasatan majalah tersebut tidak menemui isu murtad seperti khabar angin yang sering kedengaran dalam masyarakat Islam."Apa pun, sepanjang tinjauan yang dibuat, kami dapati dakwaan-dakwaan yang mengatakan ramai remaja Melayu dimurtadkan di gereja-gereja pada setiap hari Ahad tidak kami temui. "Yang ada hanyalah mereka yang berwajah Melayu tetapi berasal dari Sabah yang menganut Kristian sejak lahir," artikel itu dipetik.Penulis turut memuji akhlak penganut Kristian di gereja."Sewaktu kami membuat tinjauan ini, kami berasa amat kagum melihat akhlak mereka yang hadir. "Mereka sangat menghormati satu sama lain dan sangat mudah mesra kerana mereka sangat berpegang kepada konsep kasih sayang dan hormat menghormati," tulis Muhammad Ridhwan.
"Mereka turut berjabat tangan dan diikuti dengan senyuman yang manis dengan kami apabila paderi memberi arahan ramah dan mesralah bersama saudara-saudaramu."
Kita berharap bebiadapan kedua-dua wartawan ini tidak menggugat perhubungan di anatara kaum serta agama di negara ini.
Mupok aku
"Agi Idup Agi Ngelaban"

Comments :

0 comments to “ Dimanakah Rasa Hormat Penganut Islam Terhadap Agama Lain di Malaysia ”

Post a Comment

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Chitika

BlogTopsites

Politics Blogs - Blog Top Sites

MyBlogLog

Google Rank

Alexa Ranking

Technorati

BlogSearch Engine

BlogRanking

Politics Blogs - Blog Rankings